Tadi tgh dok saja-saja, bosan tak tau nak wat apa, AK belek-belek la buku hat lama-lama yang dok ada, kot-kot ada yang best bleh la bwat baca sebelum nak p makan malam. Dalam dok tengah belek-belek tuh terjumpa satu buku terjemahan Imam Ghazali, tajuk buku dia rilek dan simple, Kesilapan Ketika Sembahyang. Alang-alang dah nampak tu, teruih la amik baca mukadimah dia, abeh ghalet baca sampai la satu bab baru tajuk martabat dan kedudukan solat. Ha, teruih teringat apa yang dah dipost sebelum nih. Ada kaitan juga bab ni. Maka dengan itu, AK ghasa mcm nak kongsi serba sedikit apa yang dah dibaca untuk kebaikan AK sendiri dan juga orang lain yang membaca. Yang baik diambik buat pedoman dan amalan yang buruk ditebaq jauh-jauh. Supaya dengan pengetahuan yang baru/sedia maklum ini dapat meningkatkan kesedaran akan kepentingan solat dan darjatnya dalam segala ibadah.
Dari buku tuh ada habaq bahawa solat mempunyai kedudukannya yang teristimewa berbanding dengan ibadat-ibadat yang lain. Oleh itu, solat diklasifikasikan sebagai tunjang kepada semua ibadat yang ada.
a) Solat merupakan tiang agama
Sabda Rasulullah SAW, "Kepala segala soal ialah Islam (menyerahkan diri kepada Allah), tiangnya ialah solat dan puncaknya ialah jihad fi sabilillah." (hadis riwayat Ahmad dan Turmuzil)
b) Solat ibadat yang pertama diwajibkan
Solat adalah ibadat yang pertama diwajibkan oleh Allah SWT kepada hambaNya yang diperintahkan kepada Rasulullah SAW tanpa perantaraan pada malam dimana Baginda dimikrajkan. Hadis yang berasal dari Anas menjelaskan "Difardhukan solat atas Nabi SAW pada malam Baginda diisra'kan itu lima puluh waktu, kemudian dikurangi sehingga ditetapkan lima. Lantas Nabi diseru, Ya Muhammad! Sesungguhnya perkataan disisiKu tidak dapat diubah lagi, dan sesungguhnya bagi engkau dengan solat yang lima waktu ini (dinilai sama) dengan lima puluh waktu." (hadis riwayat Ahmad, An-Nasaei dan At Turmuzi)
c) Solat merupakan ibadat yang pertama dihisab pada hari kiamat
Sabda Rasulullah SAW, "Yang pertama sekali dihisab atas seorang hamba dihari kiamat nanti ialah sembahyang, maka jika baiklah sembahyangnya nescaya baiklah amalan-amalan lainnya dan jika rosak sembahyangnya, maka binasalah amal-amal yang lain. (hadis riwayat Thabrani)
d) Solat merupakan wasiat terakhir Rasulullah SAW sebelum Baginda wafat
"Jagalah solat, solat dan apa yang dimiliki oleh tangan kananmu." (hadis riwayat Ahmad)
e) Garis pemisah antara Islam dan Kafir
Barangsiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja dan kerana ingkar kepada perintah Allah, maka telah sepakat umat Islam mengkafirkannya:
Dalam hadis Nabi:
"Beza antara seorang laki-laki (muslim) dengan kafir ialah meninggalkan sembahyang" (hadis riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud, Turmuzi dan Ibnu Majah)
Tambahan lagi, "Janji antara kami dan mereka ialah solat, maka siapa yang meninggalkan solat, maka sungguh telah kafirlah ia." (hadis riwayat Ahmad dan Ash-Habussunan)
f) Sebagai ukuran bagi berkembang atau tidak ajaran Islam dimuka bumi
Sembahyang merupakan ajaran terakhir yang mungkin akan hilang dari dunia. Sabda Rasulullah SAW,
"Sungguh akan runtuh tali Islam satu demi satu, maka setiap kali putus tali yang satu manusia akan bergantung (berpegang) dengan tali berikutnya. Maka yang pertama runtuh ialah hukum Islam dan yang terakhir ialah sembahyang." (hadis riwayat Ibnu Hibban)
Tambahan hadis lagi:
"Siapa yang menjaga dan memelihara sembahyangnya, menjadilah ia cahaya, keterangan dan kemenangan dihari kiamat. Dan barangsiapa yang tidak menjaga sembahyangnya iat tidak akan mempunyai cahaya keterangan dan kemenangan. Dan adalah ia bersama Qarun, Firaun, Haiman dan Ubai bin Khalaf dihari kiamat." (hadis riwayat Ahmad, Thabrani, Ibnu Hibban)
g) Solat adalah jaminan ke syurga
Bersabda Rasulullah SAW, "Lima solat yang diwajibkan Allah atas hamba-hambaNya maka barangsiapa yang menegakkan solat itu dan tidak menyia-nyiakannya kerana menganggap ringan dengan kewajipan solat itu, maka ia telah memiliki janji Allah, bahawa Allah akan memasukkannya kedalam syurga. Dan barangsiapa yang tidak mengerjakan solat maka tiadalah ia mempunyai janji dengan Allah, juka Ia kehendaki Ia siksa dan jika Ia kehendaki akan dimasukkanNya ke dalam syurga." (hadis riwayat Dar Aquthny, Muslim, Ibnu Hibban)
h) Solat adalah syiar Islam yang utama dan tali penghubung antara hamba dengan Allah
Rasulullah bersabda,
"Sedekat-dekat hama kepada Tuhannya, ialah dikala hamba itu sedang sujud (dihadapan ALlah), sebab itu perbanyaklah doa dalam sujud." (hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan An-Nasaei)
Moga kita lebih memandang berat akan solat kita seharian dan menunaikannya dengan sebaik-baiknya. Ada bab seterusnya berkaitan Tidak Sempurna Sembahyang Fardhu Tanpa Sembahyang Berjemaah. Nanti ada masa AK akan post satu hari nanti. Insyallah.
Sekira ada kesilapan AK mohon maaf dan mohon diperbetulkan sebab AK cuba sampaikan apa yang dibaca dan apa yang tertera di dalam buku ini sekadar utk perkongsian bersama.
Sunday, July 24, 2011
Hai, Lepak Baik Ja, Dah Buat Ka Belom?
Teringat last lepak dengan kawan-kawan kat kedai minum. Tengah dok syok-syok lepak tiba-tiba termuncul satu topik yang tak diduga. Kawan AK tiba-tiba cakap pasai sembahyang/solat. Tercengang jugak la, sebab dok sembang perkara yang biasa, mai tak mai ada topik yang agak serius. Tapi tak pa, kami yang lain pun pakat-pakat tune otak masing-masing redi nak dengaq dan sembang pasai sembahyang dan solat. Memandangkan bulan Ramadhan tak lama lagi tiba, jadi banyak cerita yang keluaq adalah pasai Solat Taraweh, dan masing-masing pakat recall kenangan masa budak-budak dulu time Solat Taraweh. Mesti ada punya kenangan macam-macam masa Solat Taraweh, ada mai Solat Taraweh satu rakaat behtu yang selebihnya keluaq pelan-pelan p main bunga api tak pon mercun. Behtu bila dah nak abeh dah Solat Taraweh pakat-pakat kalut masuk balik dalam masjid/surau sebab nak ambik moreh/jamuan. Hehehe. Besala budak-budak masa tuh, keja nak sronok.
Dalam dok ghalet-ghalet sembang, tiba-tiba naik pulak topik tentang tinggal sembahyang. Masa naik ja topik ni darah tak semena-mena menyirap naik satu badan. Mesti ada atau pernah kita tinggai solat fardhu sama ada sengaja atau pon tak sengaja. Solat yang tertinggai dulu-dulu sudahkah kita dah qadha atau biaq saja ia berlalu begitu sahaja. Terasa sungguh nipis iman dalam diri ini. Kemudian ada pulak sorang kawan ni, dia p buat calculation secara rawak jika tinggai sembahyang. Dia ambil perkiraan dari tingkatan tiga (dimana umur akil baligh secara purata pada 15thn) sampai umur 20 tahun. Makna kata secara kasar beza antara dua usia umur itu 8 tahun. Sehari solat fardhu ada 5 waktu. Setahun bersamaan 360 hari darab dengan 5 waktu jadi dalam setahun solat yang tertinggai sebanyak 1800 waktu. Untuk 8 tahun? 1800 waktu darab dengan 8. Cuba darab tengok? Ha, jumlah solat yang tertinggai adalah sebanyak 14400 waktu. Jadi setiap waktu, jumlah solat yang dah tertinggai adalah 2880 waktu untuk setiap solat Subuh sampai Isyak dalam masa 8 tahun. MasyaAllah. Bagaimana pulak kalau nak qadha? Sama jugak la kalau nak qadha pun, qadha solat tertinggai akan ambik masa selama 8 tahun jugak untuk ganti setiap waktu yang tertinggai untuk didirikan selepas melakukan solat fardhu pada masa sekarang. Dalam masa 8 tahun tuh, agak-agak sempat ka kita nak hidup lagi atas muka bumi ni? AK rasa sungguh kerdil dan insaf kerna waktu remaja dulu, pada zaman buas dan sbgnya ada jugak tertinggai solat. Terpikiaq juga sempat ka nak qadha solat-solat yang pernah tertinggai dulu.
Itu dari segi angka melalui perkiraan jumlah solat yang ditinggaikan. Setiap solat yang ditinggaikan pasti ada dosa atau azab yang dah ditetapkan. Apadia azab/seksa yang Allah dah tetapkan utk golongan yang tinggai solat fardhu? Ni dia:
a) Solat Subuh:
- Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Setahun di akhirat bersamaan 60 000 tahun di dunia. Setahun di dunia pon kadang-kadang kita dah rasa lama tak tau nak abaq bagi aih. Kadang-kadang nak tunggu seminggu abeh pon lama tak kira dah. Ini kan pula 60 000 tahun! Ya Allah, sesungguhnya aku insan yang lemah lagi hina.
b) Solat Zohor:
- Dosa tinggai solat Zohor sama seperti membunuh 1000 orang Islam. Dah la hukum membunuh seorang Mukmin atau saudara seagama tuh pon dah memang haram. Inikan pula dosa seperti membunuh 1000 orang Islam? Ya Allah, sesungguhnya aku insan yang lemah lagi hina.
c) Solat Asar:
- Dosa tinggai solat Asar adalah sama seperti meruntuhkan Ka'abah. Tinggai satu waktu solat Asar dah dosa sama cam meruntuhkan Ka'abah. Kalau 2880 waktu tinggai? Ya Allah, sesungguhnya aku insan yang lemah lagi hina.
d) Solat Maghrib
- Dosa tinggai solat Maghrib bersamaan melakukan zina dengan ibubapa sendiri. Mak susah nak lahirkan kita, mak pak susah-susah nak bela kita, susah-susah nak bagi hidup berjaya tapi ini kah bentuk balasan kat mak pak. Besaq yang amat dosa ni. Ya Allah, sesungguhnya aku insan yang lemah lagi hina.
e) Solat Isyak
- Sesapa yang tinggai solat Isyak dengan sengaja, maka Allah SWT telah berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.” MasyaAllah. Hidup atas muka bumi dah tak diredhai Allah. Tak ada tempat nak bergantung. Hidup merempat bagai lipas. Dan apa bentuk perkerjaan dibuat atas muka bumi tak dikira pahala bahkan dosa semata-mata. Ya Allah, sesungguhnya aku insan yang lemah lagi hina.
Sebak rasa hati bila baca balik dosa-dosa dan azab-azab yang dah ditetapkan oleh Allah untuk setiap hambaNya yang meninggaikan solat fardhu. Lemah badan. Mata panas. Kaki sejuk. Ni betoi-betoi buat AK insaf. Semoga peringatan ini menjadi peringatan yang menakutkan buat AK dan teman AK yang lain supaya kita tak mudah lalai untuk dirikan solat fardhu. Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan iman dan hidayah pada diriku ini supaya tidak mudah terpedaya dengan bisikan syaitan yang melalaikan aku dari menunaikan tanggungjawab ku kepada Mu. Amin.
Terima kasih buat kawan-kawan AK yang buka topik ini masa lepak ari tuh. Terima kasih kerana menyedarkan AK. Terima kasih kerana menyanyangi antara satu sama lain. Terima kasih kerana mengingatkan AK. Angpa la kawan-kawan AK dunia dan akhirat.

Thursday, July 21, 2011
Saat Indah Diwaktu Kerja
Saat indah sentiasa ada di mana-mana dan tak penah luput dari memori. Saat indah pasti memberikan senyuman kesorangan tanpa disedari dan kadang-kadang orang lain tengok kita akan anggap kita ni tak berapa nak betoi, spark dan sebagainya. Ya la, dah nama pon kenangan indah, secara hakikatnya pasti la akan senyum. Kalau saat indah atau kenangan indah boleh buat orang tu nangeh, sedih, mengamuk tak tentu hala, tu baru boleh kata orang tu tak betoi, tiga suku, spark dan lain-lain. Tapi kalau saat indah disebabkan putuih cinta ka tuh lain crita la. Kena bawak-bawak besabaq, bawak-bawak berubat sama.
Kat sini, AK nak crita saat indah AK waktu gheja. Time gheja memang banyak kenangan indah yang tak dapat nak lupa. Bila bawak keta, tengah buat gheja, mandi, makan, lepak, tgk tv, tak kira la kat mana-mana pon, bila teringat ja saat indah masa gheja mesti senyum sorang-sorang, kadang-kadang gelak besaq pon ada gak. Ha, AK gheja sbg sorang cikgu, bila gheja sebagai cikgu makna dia, gheja mengajaq murid-murid dan murid-murid AK adalah budak-budak sekolah rendah. Bila mengajaq murid-murid sekolah rendah yang usia 7 tahun, dajah satuh, jadi macam-macam benda la jadi. Best weh abaq ang mengajaq budak dajah satuh. Depa ni jenih innocent, jenih luruih, jenih cakap apa yang depa nak cakap, otak budak2, jenih suci, jenih naive, jenih cakap byk, jenih macam-macam cerita dok ada, jenih kalau sembang mesti kena lebih dari orang lain, dan macam-macam jenih lagi la. Memang best bila tengok depa punya gelagat. Kalau takat macam-macam Aznil tuh hat sesi anak-anakku ka apa tatau, kira tadak apa sangat la...hehehe...kalau tak pecaya pi la tanya cikgu-cikgu hat mengajaq sekolah rendah, hat darjah satu. Silap-silap bila angpa semua dengaq, angpa pon boleh pecah perut. Hahaha.
Ada satu masa ni, tengah AK dok menulih kat papan hitam tuh, ada dengaq suara murid laki nak mintak p tandaih.."Cincher (teacher), may I go go to to poilet please?" ha dia cakap sbijik mcm tu la. Elok AK abeh ja tulih kat papan hitam, AK pon kaleh la belakang dan tanya sapa nak p tandaih tadi. Sorang pon tak jawab. (mungkin depa takut tgk muka cincher depa kot smpai tak mau ngaku p toilet). Selalunya kalu AK cakap macam tu ja, satu kelaih mengaku cakap nak p toilet. Tak pun tak dan nak bagi izin p tandaih lagi pon, depa dah lari teruih p tandaih. Hahaha. Nasib baik la tandaih dekat dengan kelaih ja. Haa, satu lagi, budak-budak kelaih AK ni cukup kerap nak p tandaih. Apa yang best sgt ada kat tandaih tuh pon taktau la. AK penah masuk tandaih murid, tgk-tgk, nampak cam besa ja, tadak apa menarik sgt pon. Mungkin depa stress kot, abeh satu masa subjek lain teruih masuk subjek yang lain pulak, takdan depa nak rehat, tak pon tak dan depa nak tune otak nak belajaq benda baru, tuh yang kerap nak p tandaih tuh kot. Balik pada cerita tadi, bila tanya sapa yang nak p tandaih tadi, tadak sapa nak mengaku, masing-masing pakat nak tulih apa yg AK tulih kat papan hitam tadi. Jadi, proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti besa. Sampaila pada satu masa, tiba-tiba ada bau busuk kat dalam kelaih. AK pon cakap la sapa pulak yang pijak taik kucing ni, cuba tgk kasut kamu, kot-kot ada terpijak taik kucing ka. Semua pon pakat-pakat tengok la kasut depa. "Kasut cheq tadak pon." "Saya tak pijak." "Kami tak pijak pon." Oleh sebab tadak sapa yang pijak dan AK pon pikiaq mungkin bau taik kucing dari luaq nih, jadi PnP berjalan seperti biasa lagi. Bila mai masa nak tanda buku murid dari meja ke meja tiba-tiba sampai la kat meja sorang murid ni. Bau busuk dari tempat murid tuh. Perasaan ingin tahu seorang cikgu terhadap anak muridnya itu tiba-tiba begitu mendalam. Penuh harapan. Penuh dengan jawapan yang positif. AK pon kata la, "Tadi kamu ka yang mintak nak p tandaih?". Behtu murid tu cakap, "Ha cikgu, cheq mintak tadi." "Behtu kamu p dak tadi?" kata AK dan murid tu pulak jawab dengan ayat yang meluluhkan hati dan jiwa raga cikgu-cikgu mengajaq dajah satuh. "Dak cikgu." Tersenyap sat si cikgu. Tanya lagi sekali. "Kamu sakit perut ka tadi?" Dia tak jawab. Jawapan tidak berjawab adalah satu jawapan yang betoi-betoi buat manusia gelisah. Haduih, AK pon tgk jam tangan, ada lagi 30minit nak abeh. Hah sudah!...
Banyak lagi saat-saat indah yang lain AK dapat kat skolah. Memang best mengajaq budak-budak sekolah rendah. Stress kerja sbg cikgu mmg banyak, tapi bila tengok perangai budak-budak yang masing-masing macam-macam jenih, kadang-kadang stress tuh pon boleh kurang. Hehehe. Tak caya? Apply la jadi cikgu. Ha, jadi cikgu bukan semata-mata nak layan benda-benda cam ni saja, tugas utama sbg cikgu tuh kena la buat sehabis baik.
Dan disini AK selitkan saat-saat indah yang berlaku kat sekolah sepanjang AK menjadi cikgu..
Cikgu: Ambik kad gigi ni bagi mak ayah kamu sign, behtu esok bawak balik mai..kalau dak doktor tamau check gigi kamu..sign kat sini nah
Budak A: Cikgu2,kat sini ka?
Cikgu: Ya,kat situ.
Budak A: Kat sini kena sign dak cikgu?
Cikgu: Dak,kat situ tak payah. Sign kat sini,yang ckgu tanda X dengan pensel.
Budak A: Tanda X nih kena sign dak cikgu?
Cikgu: X tuh tak payah, X tuh untuk tanda kat kotak untuk kebenaran waris.
Budak A: Ooo, jadi X ni tak payah la, kat sini kena dak ckgu?
*kena sabaq banyak2 la sapa nk jd cikgu..hahaha
Cikgu: At the end of every sentence must have full stop. (sambil menunjukkan tanda noktah pada hujung ayat)
Budak A: Full stop tu apa cikgu?
Budak B: Kan cikgu dah cakap, full stop tuh soh duk diam-diam. Ang full stop.
Budak A: Ang la full stop.
*bila masa la AK ajaq full stop soh dok diam-diam..hahaha
Budak A: Cikgu2. Saya nampak cikgu tinggai kat kondom. Cikgu la neh dok kat kondom kan?
Cikgu : (aaa kondom apa plak dah neh?)*senyap.
Budak A: Ala kondom cikgu dekat Sek Men N*** tuh.
Cikgu : (Oh,dia cakap kuarters ka neh?) Hmm, cikgu dok kat kuarters saja. Rumah macam flat saja.
Budak A: Flat sama la dengan kondom la cikgu.
Cikgu : Kondo la dik. Bukan kondom.
Budak A: (blur)
*nak terangkan kondom tuh apa mcm tak patut ja pon, satgi kalau bagitau termalu pulak dia ngan kawan-kawan dia. hahaha
Cikgu : Cuti sekolah baru-baru ni kamu semua pergi mana?
budak A: Saya, saya cikgu. Saya p KLCC.
Cikgu : (wow, ada budak p KL, suruh dia crita kat kawan-kawan bagus juga ni)Wah,seronoknya kamu bercuti p KLCC. Hmm, KLCC kat mana tuh?. Kamu buat apa lagi kat sana? Cerita la kat kawan-kawan kamu.
budak A: (Senyap sat). KLCC kat Jeniang. Saya p sana, seronok! Saya beli berger.
Cikgu : Wah bestnya. Nanti cikgu pon nak p sana juga.(Kaver budak A)
*nak perbetulkan kesian pulak dekat budak A, sebab kawan-kawan yang lain seronok dengaq siap tepuk tangan lagi. Kalau bagitau nanti kawan-kawan dia tau dia tipu pulak. Takut dia malu pulak dengan kawan-kawan dia. Mungkin kat Jeniang ada stall berger nama KLCC? sapa tau? hehehe.

Friday, July 15, 2011
Jaguh Cakap Tapi Habuk Pon Tarak Ada
Ayaqkordial kalau p mana-mana, tak kira la kat mana-mana pon baik kat kedai makan, kedai minum, kat kelas, kat kuliah, kat kursus, kat mesyuarat, kat dewan, kat fesbuk, kat ym, kat mirc, kat padang, kat mana-mana pon la, pasti akan terjumpa atau terserempak atau dijumpakan atau diserempakkan dengan sengaja atau secara tidak sengaja dengan seseorang individu yang anda sendirinya secara otomatiknya dapat mengenalpasti bahwa orang itu adalah seorang yang amat tera berbahas tanpa dapat disangkal lagi dan secara percuma dan mudah untuk anda mengecop orang itu sebagai "Jaguh Bercakap".
Kalau diperhatikan disekeliling kita, ramai orang nak perkatakan sesuatu, ramai orang nak ketengahkan pendirian, ramai orang nak menghujah pendapat, ramai nak berkongsi pengalaman, ramai yang nak meluahkan apa yang terbuku di hati, ramai yang nak menghiasi suasana dengan kegembiraan, berceloteh, ramai yang nak meminta pertolongan, bantuan dan sebagainya. Memang benar semua ini berlaku dalam hidup kita dan orang lain dan ia tak dapat nak lari dari kita yang lumrahnya bernama manusia. Kalau tak nama manusia maka ia bernama haiwan dan haiwan tak pandai nak buat semua-semua tuh. Ada pernah kita tengok lembu gelak bila kawan dia buat lawak? Mungkin secara halus ada cara depa gelak yg kita tak tau, tetapi pada hakikatnya lembu atau haiwan tak pandai nak mengolah/menginterpretasi sesuatu perkara yang amat kompleks dan hanya perkara yang kompleks itu saja dapat manusia buat.
Namun,untuk memperkatakan sesuatu itu biarlah ianya bertepatan dengan fakta, benar akan kesahihan, sempurna akan penjelasan isu, lahir dari hati yang suci dan otak yang positif, pernyataan yang membina, peransang kepada minda, penggerak perubahan, pemangkin pembangunan. Bersedialah secukupnya sebelum menzahirkan unjuran buah fikiran untuk diutarakan, bersedialah dari kekuatan isi pendapat, fakta sokongan yang relevan, kejernihan emosi yang mudah dikawal dan tak mudah nak rasa menghamboq, serta kematangan minda menerima perbezaan. Tapi lain pula apa yang AK selalu dengaq, jumpa, alami, dan rasai pada kebanyakkan hari ini. Ramai orang amat mudah bercakap akan banyak benda, itu dan ini, politik itu dan ini, sukan itu dan ini, perniagaan itu dan ini, salah orang itu dan ini, berkaitan bangsa, berkaitan agama, berkaitan hak asasi, walaupun sekecil-kecil topik pon, kebanyakkan tiada isi yang kukuh. Semata-mata dari luahan hati dan perasaan tidak puas hati. Pendapat, fikiran bukan untuk ditambahbaik tetapi mahu semuanya dipaksaterima baik. Orang kita sekarang mudah terbawak dengan perasaan, mudah terbawa dengan berita dan fakta yang dia sendiri tak tahu sama ada benar atau salah, mudah terima perkara secara bulat-bulat akan sesuatu yang sealiran atau seideologi dengannya.
Setakat pemerhatian AK dengan orang sekeliling yang AK jumpa, terdapat 4 jenih kategori orang bercakap:
a) Bercakap melalui ilmu pengetahuan/pembacaan ilmiah/interpretsi akademik:
Orang yang berbicara dengan menggunakan ilmu pengetahuan yang dipelajari (secara sah la, bukan ilmu hitam atau ajaran sesat) menampakkan isu yang dibangkitkan dan pengolahan isu/topik/perkara tersebut begitu solid, nampak jelas, ada bukti,ada kesahihan, ada kejituan, ada kebenaran kerana ianya berlandaskan satu hukum ilmu yang dah diiktiraf. Sebagai contoh bila bercakap mengenai murid yang bodoh. "Jangan mudah kita melabelkan murid yang bodoh itu sebagai bodoh piang dan tak tau apa-apa langsung. Mereka tidak bodoh tetapi mereka tergolong dalam kategori murid yang bermasalah dalam pembelajaran. Mereka memerlukan bantuan dan sokongan dari perlbagai pihak dalam mengenal pasti punca terhadap permasalahan pembelajaran mereka sendiri. Tindakan seterusnya perlu diambil bagi membolehkan mereka menerima pendidikan pada tahap kemampuaan mereka sendiri dan bukannya disisihkan terus. Latarbelakang keluarga merupakan faktor yang banyak mempengaruhi perkembangan pendidikan kanak-kanak. Kanak-kanak yang miskin yang kurang kelengkapan pendidikan, kurang zat makanan, kurang keperluan asas seringkali tertinggal dalam pelajaran. Menurut Jean Piaget, di dalam teori perkembangan, idea-idea seperti akomodasi dan asimilasi menjadi perkara rujukan yang menyebabkan murid-murid miskin ini terpinggir dalam pendidikan akibat kurang pendedahan dengan keadaan sekeliling dan dunia luar."
Ya, cakap ini nampak gah dan nampak mudah dipercayai tetapi persoalannya, adakah kita selalu bercakap macam ni? Ini nampak seperti percakapan yang skema dan mungkin ada org tak leh terima atau tak sokong dan kata tak semestinya kena skema baru nak senang org percaya. Jadi, buat la cara tak skema tapi biaq la isi dia padat dan tepat. Baru orang salute sikit kalau dapat cakap guna ilmu.
b) Bercakap melalui pengalaman diri sendiri dan bukan pengalaman orang lain
Orang yang bercakap melalui pengalaman dirinya sendiri adalah seperti orang yang sedang mengeluarkan emas dari mulutnya. Kenapa?. Kerana dia bercakap melalui pengalaman yang dia lalui, yang dia sendiri buat, yang dia sendiri alami, yang dia sendiri rasa dengan perasaan gembira/seronok/kesal/sedih/hiba, yang dia sendiri tau baik buruk, yang dia sendiri tau keputusan, yang dia sendiri tau apa yang terbaik utk masa depan dimana orang lain mungkin tak pernah laluinya dengan sendiri. Orang ini dia ada kelebihan berbicara sebab pengalamannya yang tiada tolok bandingnya. Kita sendiri akan ternganga tanpa disedari bila dengaq orang cerita pengalaman dia tak kira la pengalaman p bercuti ka, daki gunung ka, berkayak 10 jam tanpa henti ka, eksiden ka, jumpa hantu ka, tgh operate tp bius dah abis ka, meniaga dari modal kecik smpai jadi jutawan ka, buat landskap rumah ka, buat perabot ka, buat kek coklat tp oven rosak ka, bersanding tapi terkentut ka dan macam-macam lagi la.
Orang bercakap mcm ni boleh diterima pakai dan mereka bercakap atas pengalaman sendiri dan bukannya buat kepala otak sendiri atau pun kemaih sembang tapi kosong.
c)Bercakap melalui pengalaman orang lain atau pun idea-idea piscisan atau input-input tepi longkang, fakta-fakta dari orang yang ntah berapa kali pindah dari orang ke orang lain.
Orang cara ini adalah orang yang nak bercakap tapi tak ada modal sendiri dan hanya bergantung kepada modal orang lain untuk bercakap dan kadang-kadang dia sendiri pon tak tau sama ada apa yang dia cakap tu adalah benar atau salah. Tapi bedal aja sebab kalau dia cakap pon orang lain akan dengaq dan assume orang lain tak akan nak pangkah/kutuk/sangkal dia sebab yang dia cakap pon dari org lain. Jadi dia dengan mudah terlepas dari sangkaan buruk orang lain. Orang jenih ini adalah orang yang cuba bertindak dengan cara selamat dengan tak ada apa-apa akan berlaku pada dirinya tapi dia juga tetap mahu bercakap serta menampakkan dirinya seolah-olah mencari pancaran perhatian daripada orang lain. Tapi nampak juga akan kekurangan seseorang yang bercakap dengan cara ini kerana dia dengaq pengalaman orang lain tetapi dia tidak mahu mencuba untuk mengesahkan pengalaman tersebut (yang mana mampu buat tuh buat la, takkan la pengalaman orang tu berenang merentas selat melaka terus nak p buat jugak padahai berenang pon tak reti tak pasai-pasai lemaih tak ka naya?). Sekiranya dia dah mencuba dan mengesahkannya, maka dengan penuh yakin dia akan menceritakan kembali kepada orang lain, dan bila orang lain dengaq dia pulak akan cuba dan cerita kat orang lain dan seterusnya. Bayangkan kalau benda itu sesuatu yang baik, tak ka dpt pahala berganda-ganda.
Nanti mesti ada yang akan cakap, kalau nasihat mcm mana pula? takkan nasihat pon masuk kategori ni. Kami nak nasihat orang, sebab kami pon dengaq nasihat dari orang lain?..ha..nasihat berbeza dari bercakap seperti orang dalam kategori ni sebab nasihat berbentuk amaran, peringatan, perintah,ayat membendung,berwaspada, berhati-hati agar orang lain sentiasa melihat diri dia supaya tak terjadi perkara seperti yang dinasihatkan kepadanya.
d) Bercakap dengan menggunakan kepala lutut tak pon buku lali dari menggunakan otak yang waras.
Orang bercakap kategori ini adalah orang yang memang patut dilabel sebagai Jaguh Cakap, Taik Kencing, Renjit, Kaki Putaq, Kemaih, padahai habuk pon tadak. Cakap deraih sana-sini, bila tanya bukti, bila provokasi balik dgn fakta, bila tanya apa dalil, bila dihentam balik dengan ilmu, teruih senyap mcm seekor monyet diterajang tepat pada muka dan kepalanya. Orang jenih ini dia suka hentam nak cakap apa pon tanpa berfikir tapi dia nak orang lain terima apa yang dia cakap tuh. Dia mudah bercakap menggunakan perasaan dari hati yang busuk, tanpa usul selidik, berniat nak melaga-lagakan orang, nak bagi diri nampak gah padahai bingai berlapih-lapih, nak tunjuk kata dia seorang yg prihatin dan pejuang isu-isu agama dan bangsa tapi dia sebenaqnya yang merosakkan agama dan memalukan bangsa. Contoh yang AK pernah bersembang dan dengaq apa yg depa cakap melalui insan-insan tertentu:
"Ari tuh aku p langkawi, sehari nak balik tu aku ingat nak beli baju T-shirt Langkawi kat anak aku tapi duit tadak. Petang tu aku p tikam nombor, tgk-tgk menang, teruih aku beli satu bag besaq boh banyak-banyak baju tuh kat dalam bag. Seronok anak aku dpt banyak baju."
"Aku hari tuh sikit lagi nak tumbuk muka dia. Ada ka patut dia kata kat adik aku dok isap rokok. Agak-agak la, aku pon tak isap rokok. Seb baik Man yang bagitau aku, kalau dak aku tatau yang dia dok bawak cerita."
"Aku sedih la tgk saudara seagama aku, dok p clubbing keluaq ja mabuk. Mak pak ajaq agama elok-elok dulu-dulu takmau ikut. Kan dah merosakkan nama agama kita." (yg cakap tuh bertindik, bergelang, keluaq ngan pompuan jgn crita la)
"Ni la bangsa kita, bangsa melayu. Dok syok sana-sani, gaduh sana-sini, politik berpecah belah (bab politik menang kat dia), kaum lain amik kesempatan ekonomi kita, kita tergadai, kaum lain bersorak tgk bangsa kita, apa la." (pejuang bangsa konon, kelas/kuliah tak p, assignment tak hantaq, pointer rendah, kena tendang buat rayuan, perabih duit mak pak p kedai snuker/karoke yg tauke cina, produk buatan bumiputera tak beli/tak layan kata tadak class..cuih!..)
p/s: perjuangan bangsa itu bermula dari diri sendiri, jika diri sendiri terabai maka perjuangan bangsa yang dibawa juga terabai - jangan hanya mengharapkan orang lain untuk berubah, sedangkan kita sendiri tidak pernah melakukan perubahan dalam hidup.

Monday, July 11, 2011
Semangat Taik Ayam
Bila nak mula sesuatu perkara/kerja, kita mesti penuh dengan semangat yang penuh membara sehangat api tahap paling abeh maksima baq ang. Tapi kan bila pelan-pelan dok wat kerja yang sama maka semangat tuh kuin lama kuin ilang, semangat hat panaih2 masa mula-mula dulu tuh mula dah kurang, mula padam sikit-sikit, silap-silap padam abeh tinggai arang, jadi kerja tak dan nak siap, satu apa pon tak dapat. Situasi ni pasti besa berlaku kat batang hidung kita sendiri tak pon batang hidung orang lain. Lumrah kita dalam menerima sesuatu benda yang baru, bila dapat sesuatu yang baru tak kira la apa jua bentuk pon, hartabenda ka, tugasan/kerja ka, perhubungan ka, minat ka, apa-apa lagi la, mesti pulun abeh aih masa nak start tuh. Kadang-kadang ada diantara kita sampai pulun dia tuh sampai tahap tak tau nak abaq bagi aih, prepare abeh kesemua barang/bahan/benda/perkakas/sumber/material/aksesori/rujukan sebelum nak start apa yang dia nak buat. Tapi bila dah start buat, bila dah jumpa masalah atau apa saja bentuk yang agak menghalang objektif tuh, kita dah mula pelan dah momentum dok ada, behtu tambah plak ada tambahan bebanan skit, sulam sikit dengan hasutan-hasutan pulak, hmm.. pi dah, bungkuih teruih.
Contohla kita amik, kepada hat mana rasa badan dia mula nak naik, badan mula nak gemuk + boroi, perut mula nak berlipat dari satu nak jadi 5@6 lipat, dari six packs nak jadi one pack yg kadang2 nmpak cam tayar superbike, dlu senang2 ambik pen jatuh kat lantai sekarang dah jadi susah yang amat, tgn berayun bila berjalan diturut serta dengan ayunan perut, tak pon perut dah bleh bwat tempat "arm rest" masa tgk tv akan mencari cara untuk bersenam sebagai cara yg terbaik. Kepada hat yang bersemangat waja akan menjadi pulun (mcm AK sendiri jugak)dengan mula mencari alatan-alatan atau kelengkapan utk bersenam atau bersukan. Jadi, kasut joging@kasut sukan, stokin sukan, baju sukan, seluaq sukan, head band, wrist band, gat lutut/kaki (time skolah dlu-dlu depa panggei nama tuh), raket, bola, etc akan menjadi item utama yg perlu ada dlu sebelum nak bersukan atau bersenam. Tuh tara hat nak joging baru, kalau hat nak jadi cam John Cena pulak, depa cari lak barbell,dumbell,suma jenih bell dok ada. Bila dah semua ada dengan penuh semangatnya pada hari pertama akan berlangsung dengan penuh cemerlang tadak syak wasangka lagi. Tapi bila mai hari kedua dan seterusnya mula la kita dah kurang nak buat. (Hat mana yang boleh teruskan lagi, AK ucapkan tahniah dan teruskan, anda seorang yang betul-betul bersemangat!) Bila kawan-kawan ajak lepak minum petang, bila ada rancangan tv yang best petang-petang mcm Noraelena, bila awek ajak keluaq teman p bank petang-petang (bukan apa sbb susah nak dpt parking, satgi senang nak ubah keta), bila dah rasa bersenam/bersukan ptg kemarin dpt cover utk seminggu, maka terjadilah perkara yang mula membantutkan semangat murni pada asainya tuh dan pelan-pelan atau cepat-cepat membatalkan terus usaha yang ada. Itu baru semangat nak bersukan/bersenam. Macam mana pulak dgn benda/perkara hat len? Buat assignment? Buat kerja? Buat projek tanaman tumbuhan hijau kat rumah?
Kita mudah jadi lemah bukannya apa, disebabkan kita mudah terganggu, mudah hilang fokus dan mudah hilang konsentrasi. Selain daripada faktor disiplin diri (dari pengalaman sendiri), faktor "tangguh dulu esok sambung pulak" jugak menjerumuskan diri dalam memadamkan api semangat diri. Kekuatan mental dalam mengawal api semangat diri kurang mengakibatkan prestasi/keupayaan diri menjadi rapuh sekaligus menjadikan diri kita umpama hangat-hangat taik ayam, awai bersemangat last skali padam. Prestasi@keupayaan kita untuk meneruskan sesuatu perkara sebenaqnya bergantung kepada 3 benda utama iaitu kebolehan/potensi diri, peluang dan ruang, dan motivasi. Ya! motivasi!..itu benda paling asas dan tunjang serta tuntas dalam semua benda apa pon yang kita nak buat. Tanpa motivasi maka jadi la kita seperti yang ditulis kat ataih tadi.
Motivasi umpama belon. Bila mula ditiup maka belon itu menjadi besaq, tapi bila lama-lama belon tuh akan menjadi kecut dan hujung sekali akan kempis semula dan jadi keadaan/bentuk asai. Dalam mengekang motivasi ini dari menjadi kecut, di sini ada beberapa tips untuk elak dari menjadi seperti tahi ayam yg hangat awai2 dan sejuk 2 minit kemudian.
Tips 1: Motivasikan dengan perkara berkaitan dengan wang
Haa..memang pon. Kalau pasai duit semua org akan kelam mata,(kalau hat tak kelam mata tuh buat-buat ja kelam sat). Sebab ramai diantara kita (termasuk AK)kadang-kadang@selalu mudah terkelam dgn wang atau perkara yng berharga. Jgn pikiaq kata AK ajaq amalan merasuah pulak nah. Dak nah. Sebab duit sbg peransang motivasi ni berbeza dari individu perseorangan. Bagi yang terdesak akan merasa duit dpt memotivasikan diri dengan mengekalkan semangat yg ada untuk terus maju ke depan. Mcm kita-kita yang perut boroi dan gemuk ni, nak kurus kan? ha, set 3 round joging letak reward duit. behtu tambah lagi 3 round tambah lagi nilai reward. sapa yang nak bagi duit?..duit sindri la. ha ha ha..behtu dah dpt duit buat apa lagi? lepak kedai makan ngan kawan-kawan la. ha ha ha...
Tips 2: Status/Keadaan Sekeliling
Status apa pulak dah? Ha, bila dah dapat status, seseorang akan merasa diri dia berada pada satu tahap yang sukar dicapai oleh orang lain. Maka satu perasaan dalam diri akan wujud dan membantu terus membakar semangat untuk terus mengekalkan status yang sedia ada. Lumrah manusia nak idup dikenali ramai walaupun diri tak la sebagus mana pon kan? ha ha ha. Keadaan sekeliling ni pulak bergantung pada persekitaran yang diidamkan dalam membantu mengekalkan semangat yang ada dari mula tak pupus terus. Contoh joging tadi, status?..mudah saja, sediakan satu kumpulan manusia tak kira la berapa bilangan mereka, sama ada berbayar atau tak itu terpulang, suruh mereka bersorak pada anda setiap kali anda joging melintasi mereka dengan sorakan yang kuat supaya org lain dpt dengaq "Fulamak, tuh bukan adik Jehan pelakon drama yg taf tuh ka? Wah, aku tgk dia joging dah 18 round dah! Dasyat aa dia tuh." maka dengan itu anda akan rasa status anda berubah serta merta dan akan terus berjoging tanpa henti sebab org ramai sudah kenal siapa anda. ha ha ha. Keadaan sekeliling?. Mudah saja, joging follow saja belakang awek hot yg cun melecun. Joging ja belakang awek tuh, tak kira 10 round pun 10 round la. Tapi kalu dpt penampaq tuh sendiri tanggung la. ha ha ha.
Tips 3: keperluan untuk berjaya
Bagaimana?. Setiap orang ada matlamat dan nak berjaya capai matlamat tersebut. Oleh itu seseorang itu akan meletakkan diri dia pada satu tahap kemampuan yang mampu dicabar dalam mencapai matlamat tersebut. Bila berjaya mencapai tahap kemampuan tersebut, maka letak lagi tahap kemampuan yang lebih mencabar agar diri terus bermotivasi untuk mencapai apa yang diimpikan. Apa pulak hubungkait keperluan utk berjaya dgn joging plak?. Ha..mudah, anda set berapa pusingan joging anda nak buat. Ikut kemampuan la nah, jgn dok wat tera, 4 taun tak penah joging, mai tak mai nak buat 20 round joging. Bila dah set berapa round nak buat, behtu fikirkan orang yang anda benci/tak suka/meluat dalam fikiran anda sama ada rakan anda, musuh anda, artis atau selebriti program lawak ka atau apa2 program ka,tak kira la sapa pon, janji bagi ada sorang. Behtu set dalam pala otak atau secara kognitifnya, kalau tak dapat lengkapkan round yang dah ditetapkan maka anda adalah seorang yg loser mcm org yg anda meluat tuh sendiri.ha ha ha..loser..loser..
Ayaqkordial sudah mencuba dua tips pertama tapi gagal dgn berjayanya dan Ayaqkordial tak mampu lagu nak cuba tips ketiga takut Ayaqkordial jadi loser selamanya...hahaha..selamat mencuba!

Sunday, July 10, 2011
Hidup Senang Rugi 10 Minit
Semua org nak idup senang. Cuba habaq mai sapa takmau idup senang? Aci kerat jari la ada yg jawab tamau idup senang. Semua org nak rasa senang dalam kehidupan, nak idup senang dgn rumah besaq, keta besaq, bini besaq, laki besaq, duit simpanan pon besaq2, tapi asyik dok melangut tak ketahuan, baru usaha sikit dah kata banyak berdeney. Semua org nak rasa senang dalam kerja, nak pilih kerja hat tak teruk badan, nak hat rilek-rilek tapi gaji nak pulak masyuk melebih-lebih dari cara buat kerja. Semua org nak rasa senang dalam berniaga, join macam jenih bisnes dok ada, tapi rakan niaga len hat teruk dok buat kerja, yang dia dok nampak nak untung bahagi sama banyak. Semua org nak rasa senang dalam belajaq, assignment groupwork berderet-deret, bwat discussion memanjang, tp cuma nak bwat cover depan dgn bibliography. Semua org nak rasa senang dalam berumahtangga, nak pasangan memahami diri sendiri, padahai diri sendiri tu pon masyarakat tak dapat nak paham-paham. Semua org nak rasa senang dalam kesihatan, nak gaya idup sehat, tapi rokok dok selang 6 minit sekali, makan tok sah dok kata la, taram apa saja yg nampak. Pendek kata, semua org nak idup senang.
Memang kita nak senang dalam segala-galanya. Semua serba serbi nak mudah. Tapi pada hakikatnya bukan senang nak idup senang. Setiap minit dalam sudut idup akan ada kesukaran dan itulah namanya kehidupan. Kalau hidup tadak kesukaran, tadak halangan, tadak cabaran dan pancaroba baik dari perkara berbentuk duniawi dan akhirawi (ada ka akhirawi?) maka tadakla kemanisan kehidupan yang penuh pengalaman.
Sebenaqnya kalau kita tengok kita sendiri sudah pun hidup senang dan kita sendiri tak nampak yang kita sudah pun hidup senang. Ya, kita sememangnya sudah hidup senang. Hidup senang dengan kemampuan yg ada pada kita. Kita memang senang dan mewah dalam macam-macam jenih benda. Masa, wang, dan harta benda. Kalau tak percaya tepuk dada tanya la diri sendiri. Kita sentiasa merasa susah dan tak cukup sebab kita asyik dok ligan org yang ada atas kita dan apa yang ada pada org lain. Pengaruh materialistik semata-mata. Kita tak rasa syukur dengan apa yang kita ada. Bukan maksud nak suruh kita berada pada keadaan dan tahap yang sama, kita boleh berubah tapi dengan syarat berserta usaha, doa dan tawakkal dan hiduplah dgn apa yang termampu kita capai.
Dalam asyik kita ligan kesenangan sebenaqnya kita rata-rata dalam kerugian. Kita senang tapi rugi. Kita senang tapi kita susah hati. Kita senang tapi telinga pekak tuli. Kita senang tapi tiada pedoman diri. Kita senang tapi hati mati. Kenapa? kerana kita lupakan pada yang satu, kita lupa pada Allah SWT yang menjadikan kita, yang memberikan rezeki kat kita. Kita senang tapi kita rugi kerana kita tidak mampu nak isi walaupun 10 minit untuk solat lima waktu, 10 minit utk baca/hafal/faham ayat suci Al-Quran, 10 minit untuk membaca sejarah para Nabi, Rasul dan zaman kegemilangan Islam, 10 minit untuk mendengar kuliah-kuliah agama di masjid, surau, tv dan radio, 10 minit untuk bertanyakan permasalahan dalam kehidupan bersyariat pada Ustaz2/Ustazah2, 10 minit untuk untuk belajar tentang hadis-hadis Nabi Muhammad SAW dan Sunnah baginda, 10 minit untuk membaca bahan-bahan ilmiah keagamaan untuk membaiki diri, 10 minit untuk bersama keluarga, 10 minit untuk memeluk ayah dan ibu, 10 minit untuk bergurau dengan suami/isteri, 10 minit untuk bincang tentang hal-hal keluarga, 10 minit untuk bantu kerja sekolah/pelajaran anak dan adik beradik, 10 minit untuk mengenal jiran, 10 minit untuk segalanya yang kita rasa sudah rugi...
Ayaqkordial cakap sebagai peringatan kepada diri sendiri dan pembaca-pembaca yang lain. Walaupun hidup senang tp jangan rugi disebabkan 10 minit yang sia-sia

Thursday, July 7, 2011
Cara Ang Tak Stai..Cara Aku Lagi Stai
AyaqKordial bangun pagi di hari Jumaat yang indah ini dikejutkan dengan beberapa helai SMS yang datangnya Ayaqkordial sendiri pon tak tau dari sapa, AK ingat isteri yang msg jadi dengan penuh semangat AK pon baca la SMS tuh, rupanya2 SMS tentang Perhimpunan Bersih yang nak jadi besok. AK rasa cam mengkelan jugak la sebab dok bajet SMS bini AK, tapi SMS lain yang dapat. Macam biasala, SMS-SMS tersebut dok bagitau tentang Bersih yang haram, penganjur Bersih si peguam Ambiga berserta dengan latar belakang dia yang amat negatif di mata org Islam. AK baca dengan penuh senyuman dan rasa seronok pon ada jugak. Bukan apa, sebab ada org yang sanggup nak bagi SMS kat AK walaupun AK sendiri tak kenal dia tuh sapa dia. (mungkin depa tu kenai AK tapi AK tak kenai depa, tak pon kot-kot memba tukaq nombor ka apa kan). Apapon AK mengucapkan terima kasih kepada pengirim SMS sebab bagi informasi yang AK sendiri dah tau sebelum ini. AK amik ini sebagai peringatan utk AK sendiri.
Tapi ari ini bukan la AK nak cakap pasai SMS, pengirim SMS yang tak kenai, Bersih dan Ambiga sebagainya. AK tersentuh dengan semangat yang si pengirim tuh ada, sampai sanggup nak antaq SMS kat org lain dalam usaha beliau memperjuangkan atau menegakkan ideologi beliau tu. Mungkin itu salah satu usaha beliau untuk mencerahkan keadaan yang keruh dan itu AK anggap sebagai satu usaha yang positif. Jadi AK nak cakap tentang memberi dan penerimaan pendapat serta kesanggupan kita secara umum dalam memperjuangkan sesuatu yang kita rasakan benar dan hak kita dalam apa jua perkara sekali pun.
Dalam memberi pendapat, nasihat, unjuran, hujah, sokongan, kata semangat dan sebagainya adalah bagus dalam mencari sesuatu penyelesaian kepada sesuatu masalah. Tapi kalau terdapat dua pihak yang masing-masing dengan cara masing-masing, jangankan masalah nak dapat selesai, kuin jadi teruk lagi ada la kot kan? Cuma apa yang kurang dalam nak capai kata sepakat adalah satu titik pertemuan antara dua pihak, samaada permasalahan dalam organisasi, komuniti, persahabatan, keluarga atau sebagainya. Punca-punca yang mungkin terjadi adalah disebabkan individu kita sendiri yang merasakan tahap kemampuan fikiran kita, pengalaman kita, ilmu yg ada, faktor pengaruh dan sebagainya adalah lebih baik berbanding dengan orang lain dan menganggap orang lain adalah tidak layak sama sekali untuk mengubah persepsi dan mentaliti yang ada pada kita. Jika semua orang diantara kita bersikap demikian maka konsep penerimaan dan perkongsian pendapat tidak dapat dibuat dengan baik.
Mungkin ni juga disebabkan oleh ego kendiri kita yang tebal yang mana secara tak langsung boleh dapat cop free dari org lain kat kita sebagai 'perasan baguih' 'palaotak sendiri' tak pun 'taik pulun nak mampuih'. Sikap ni perlu dikikis dalam usaha kita nak tengok setiap urusan/program/projek/pembangunan berjalan dengan lancar dan mencapai sasaran objektif yang dirancang. Janganlah angkuh apa yang ada sekelumit pada diri sedangkan orang lain ada duakelumit atau lebih dari kita yang kita sendiri tak tau. Kongsilah dengan bijak, bincanglah dengan berhemah, cari penyelesaian yang menguntungkan kedua-dua pihak, untung sama-sama rugi pon sama-sama. Janganlah sebab taksub akan sesuatu fahaman/ideologi/perjuangan/prinsip kita menutup terus pancaindera kita kat pendapat orang lain. Walaupun dia hanya seorang penyapu sampah jalanan, dia juga tetap insan yang mempunyai pendapatnya tersendiri.
Perjuangan yang benar adalah perjuangan menegakkan Al-Quran dan Sunnah dan perjuangan tu tidak dapat nak ditolak ansur.

Aku Bukan Kuli tapi Aku Tak Reti
pernah dak anda semua berada dalam situasi yang mana anda tak suka/mau/dpt nak tolong/boleh elak untuk melakukan sesuatu benda yang anda sendiri sebenaqnya memang pun tak mau buat tapi anda tak dapat nak luah dengan kata-kata sebab mungkin yang suruh tuh adalah bos, rakan sekerja, rakan taulan, pak sedara@mak sedara, anak menakan, awek, boipren, cikgu, pensyarah, supervisor, cucu cicit anda dan sebagainya? jika anda pernah rasa dan alaminya, maka anda adalah org Malaysia yang normal dan anda juga tak perlu nak gaduh-gaduh risau kerana rata-rata dalam hidup anda (termasuk saya sendiri) mengalami sekurang-kurang 10, 20, 300 atau pun 4000 kali situasi seperti ini.
Bos: Man, ptg ni hang p antaq barang ni kat kedai nuh, depa dah bising barang tak sampai2 lagi.
Man: Ok bos! (tula dua hari lepas aku tanya bwat taktau..tak pasai melepas nak tgk Noraelena)
Kawan A: Aku terlepaih bas aa nak balik Changlun. Ang antaq aku sat boleh dak? Ang kata kita BFF..
Kawan B: Hm..Ok..(tudia la, aku dah sroh ang keluaq awai-awai dari rumah, nih dak, ang dok boleh layan katun lagi)
Rakan Kerja 1: Satgi ang nak lalu kat pekan kan? neh aku nak mintak ang tlung beli tiket bola sat kat stadium, behtu ang lajak sat p kat tnb bayaq bil letrik aku behtu otw nak balik apa kata ang singgah beli coq pisang sringgit dua ka..ada ayaq teh o panaih bungkuih pon baguih jugak..guna duit ang dulu, aku tadak duit kecik..
Rakan Kerja 2: Aaa..Baik bang..(apa la naseb aku prektikel kat sini..)
Pak Sedara: Che Yam oi (sambil balut rokok daun), Pak Ngah ni bukan apa, ang tuh umoq dah meningkat, takut nanti sampai ang pakai tongkat tak kawen kawen lagi..Pak Ngah ni tgk Pak Hashim tu padan sangat la dengan ang..kesian tgk dia..bini dia dah lama meninggai..kalau ang kawen dengan dia..boleh-boleh jugak la dia tolong motong kat kebun getah aku tuh..
Che Yam: Kalau itu yang terbaik, cheq ikut saja cakap Pak Ngah. (alahai, aku bukannya bekenan kat Pak Hashim tu, aku bekenan kat Hisham anak teruna dia, awat la tak paham-paham)
awek: baby, i tak tau la kenapa kaki i rasa sakit sgt..jalan sikit ja rasa sakit sgt la baby..cuba u tgk kaki i ni..
boipren: tadak apa-apa pon sayang..perasaan u saja kot..
awek: eh eh baby..tak terperasan pulak i depan kita ni kedai kasut kan baby kan?..jom baby, i nak beli kasut baru la..kaki i kan cepat besaq..jom baby..i pilih u bayaq..
boipren: Oooraaiittt sayang~ (haduih la...hanguih lagi la duit PTPTN aku cam nih!!)
bertindak mengikut arahan adalah bagus dan baik dalam menjamin kelicinan tata kerja sesuatu organisasi baik di pejabat, komuniti setempat, jiran dan hubungan berkasih sayang..namun jika arahan yang diterima semakin hari semakin pelik, semakin tak diterima akal dan semakin kerap...takut nanti meletop kebabom...mana boleh biaq lagu tuh..ingat bahwa org lain juga ada tahap sabar masing2..(@tahap utk diperkuda)..ha ha ha..
terdetik juga dalam kepala otak aku..kenapa kita tidak berani atau tak terluah kata-kata utk menyuarakan rasa kita dengan secara berterus-terang..kalau boleh terus saja kata "aku tak boleh la.." "sori la, i nak kena check akaun kompeni la malam ni.." "apa kau igt aku kuli bapak kau?".. bukan ka mudah?..tapi mudahkan anda nak berkata secara demikian?..hahaha..bagi org yg pemalu mcm aku perkara ini amat susah aku nak katakan..mungkin sebab aku dididik oleh guru-guru, keluarga, ustaz2 untuk sentiasa membantu org, menghormati org yang lebih tua, menjaga adab pergaulan dan jgn menyakiti hati org lain..nanti dapat byk pahala tau..itu mmg tidak dpt dinafikan..namun jika setiap hari anda kena buat perkara yang anda tak mau buat (diluarbidang kerja/urusan anda) setiap ari selama 5 hari bekerja adakah anda boleh bertahan?..kalau boleh sila beri tunjuk ajar di ruang komen dibawah..
mungkin juga disebabkan hati kita mudah lembut kerana kita terdidik dengan nilai sopan dan adab ketimuran yang tinggi?..bukan niat utk menyalahkan nilai,norma,adab,perilaku,ikutan dan contoh yang baik, tetapi disebabkan itu juga kita sering dipergunakan dengan sebaik mungkin..oleh itu aku rasa kita (mangsa2) perlu sedikit keberanian untuk menyatakan hak kita dgn telus dan tegas agar org tahu bahawa kita bukan sejenis insan yang mudah diperkotak-katikkan..kalau tak reti jgn p bwat mcm dah tera...satgi kantoi nampak cam nak tipu (bg excuse yang tak ketahuan)..ha ha ha...
Ayaq Kordial cadang bwat latihan tongue twister agar lidah dapat gerak ligat nak bagi excuse nanti..hahaha

Subscribe to:
Posts (Atom)