Thursday, January 19, 2012

Bibir Berbraces...

Boleh kah kita duduk bersama-sama samaada bersamaan jantina atau ketidaksamaan jantina tanpa mengungkap sebarang kata secara bersama-sama? Tentu tidak boleh. Mengapa? Sebab kita adalah seorang yang bernama manusia yang dikurniakan mulut untuk berkata-kata dan mustahil bagi kita untuk tidak berkata-kata walaupun hanya berbunyi "uh"...Mulut merupakan kurnian Allah yang Maha Esa, maka mulut itu berfungsi untuk berkata-kata perkara yang indah, benar, membenarkan perintahNya, memuji dan mengakui keEsaanNya. Akan tetapi, sudah menjadi lumrah kita setiap insan bernama manusia, apabila dikurniakan setiap pemberian, maka akan terdetiklah dihati kita untuk melakukan sedikit modifikasi yang kita rasa perlu untuk menyedapkan hati dan perasaan kita. Sebagai contoh, sekiranya kita memiliki kereta standard sudah pasti kita akan mengubahsuai serba sedikit supaya kereta kita menjadi lebih cantik dan karan mengikut selera kita. Jadi, adakah salah jika berbuat demikian? Tidak. Buat la apa pon pada kereta anda sebab itu semua guna duit anda. Jadi apa persoalannya di sini? Ya, di sini AK nak kongsi sikit tentang isu dan permasalahan dimana kita (termasuk AK) seringkali memodifikasikan mulut kita tanpa kita sedari...apa dia modifikasi mulut itu? Ya, modifikasi mulut itu adalah kerancakkan kita bercakap mengenai seseorang yang tiada di mata kita, dan bercakap pula dengan orang lain dan pada masa yang sama orang lain itu juga bercakap perkara yang sama denga apa yang anda cakapkan. Sudah dapat gambaran? Sudah? Bagus, jikalau sudah dapat gambarannya makanya itulah yang kita dinamakan gosip.

Gosip selalu datang kepada mulut kita tanpa kita sedari, tanpa kita rancang, tanpa kita berfikir sejenak, tanpa kita rasa bersalah...Mengapa ia terjadi sampai tahap macam tu?...kalau ianya sudah terjadi sampai macam tu, ia bermakna bahawa kita merupakan salah seorang yang mempunyai ketokohan sebagai jaguh gosip yang begitu disegani...Tambahan pula, ketika bergosip tu, anda dihidang pula bersama buah mempelam dengan garam belacan, mesti dan pasti..atau kata lain tobat lahum, gosip tersebut menjadi semakin ganas, buas dan liar, seliar mana anda mengunyah mempelam bersama garam belacan tersebut...

Adakah ia baik utk kita atau ia tidak baik utk kita secara individu, secara hidup berorganisasi dan juga secara hidup kelompok bermasyarakat? Ada diantara kita yang akan jawab ya dan ada pula yang jawab tidak...tapi itu terpulang pada diri anda sendiri kerana apa yang anda jawab itulah menunjukkan personaliti anda sebenar...sebelum AK nak kongsi lebih lanjut, mai kita pekenai betui-betui apa yang dikatakan erti gosip ini. Gosip laksana umpat dan umpat juga laksana gosip dek kerana tafsiran gosip menurut kamus dewan bahasa dan pustaka (online saja, kat rumah tadak hat kamus dia.:) ) umpat tuh kata-kata yg dituturkan utk memburuk-burukkan orang lain atau kata-kata yg dituturkan kerana menyesali seseorang yg membuat kesalahan; cercaan atau memarahi orang kerana berlaku sesuatu yang tak baik kepada kita...dan AK tambah skit semua itu adakalanya belum tentu dapat tau akan kepastian/kebenarannya lagi..malah dalam Islam pon ada sentuh perkara gosip dan umpat ni tapi dia ada istilah dia sendiri iaitu ghibbah. Rasullullah menerangkan bahwa ghibbah itu adalah memberitahu akan kejelekkan orang lain kepada orang lain. Jadi jelas pada ertinya saja kita dpt tau bahwa gosip ni bukanla satu perkara yang elok utk kita buat...tapi biasala, kita kan manusia yg lemah...mana terlepas dari buat salah dan silap...tp kalau boleh, berusaha la utk tidak berbuat demikian dan senang crita tak payah buat la...

Pasai apa ramai di antara kita ni suka bergosip? Pasai gosip ni secara tidak langsung dan sebenaqnya dapat membina/mewujudkan/menghubungkan/mengeratkan satu tali ikatan sosial diantara satu sama lain disebabkan kecenderungan kita untuk berkongsi sesuatu perkara yang negatif lebih kuat berbanding dengan berkongsi perkara yang positif. Cuba kita ingat balik, kalau duduk dua tiga orang, behtu crita plak buruk pasai seseorang, tambah pulak orang tuh ada persamaan hatmana dua tiga orang tu tak suka, peh mesti rancak punya...semua kalut dan pakat nak cakap...kadang2 tuh sampai tiga2 orang tu cakap sekaliguih, sampai tak tau nak dengaq hat mana satu...kan kan? baik laki baik pompuan...hahaha...tapi cuba bayang kalau ada sorang kat celah-celah tuh cakap benda yang sebaliknya, mesti hat dua tiga orang ni dia jadi seghot/malu cekondon skit nak cakap dah, tak pon dalam ati kata "aiseh mamat/minah ni potong la, baru nak karan..." tak pon mesti cakap "aiseh,mamat/minat ni buat baik plak"...hahaha...Kadang2 tuh kalau ada dua orang yang tak kenai satu sama lain atau dengan kata lain tak penah jumpa seumoq hidup la crita dia, akan menjadi lebih rapat dan intim seperti sudah berkawan hampir 40 tahun lamanya bila depa dapat cakap satu topik gosip yang sama dengan selera depa...ini menunjukkan bahwa kita lebih suka gosip sebab gosip ni kira macam memahami nilai-nilai diri individu2 tersebut atau pun "shared values" diri masing-masing...

Sebenaqnya, setiap diri kita ni dah belajaq gosip atau diberi latihan bergosip secara tidak langsung untuk bergosip sejak dari kecik-kecik lagi. Betui ka? Ha la betui la...betui apa yang sorang ahli psikoanalis hat bernama Virginie Migle(e tuh ada tanda kat ataih)cakap...AK rephrase skit la apa dia kata...ha, dia kata sejak awai kanak-kanak, kita ni suka membandingkan diri kita dengan orang lain dan pada masa sama kita nak jadi hat terbaik dari orang lain, bila orang lain lebih dari kita, kita akan rasa nak buat sesuatu kepada org tersebut, disebabkan kita nak menjadi anak yang disayangi ibubapa dengan tidak melakukan perbuatan agresif, jadi kita lebih cenderung menggunakan serangan berbentuk verbal yang abusif untuk melemahkan musuh kita sekaligus menyebabkan beliau menangis dan sekaliguih kemenangan mutlak di pihak kita...horaay!...haa, betui dak?...cuba igt balik kecik2 dlu...kalau tak naik nama pak, mesti naik nama mak...behtu gamak tak puaih ati lagi p cerita kat org lain plak kata dia tu mcm ni la dia tu mcm tu la...

Kadang-kadang, melalui pemerhatian AK sendiri jugak la, orang yang suka bergosip ni sebenaqnya dia nak jadi center of attraction (tarikan di tengah2) di kalangan individu2 berdekatan dengan dia...orang seperti ini dilihat mahu menggungguli setiap perbincangan dan juga mahu menunjukkan kekuasaan atau superioriti beliau terhadap individu yang lain...jadi dengan kata mudah, beliau dengan mudah juga dapat mewujudkan satu kelompok atau geng beliau dengan hasil acuan beliau tersendiri dimana individu2 hat lain mau tak mau terpaksa jua join geng dia sebab takut nanti diri mereka pula yang menjadi mangsa kekejaman mulut beliau yang rakus dan berbau...ala, dlm filem highschool omputih tuh kalau hat cheerleader tuh mesti hat kena lawa2 behtu gosip baik punya untuk menjatuhkan lawan sekaliguih mengekalkan kekuasaan dan kepopularitian...kesian hat lemah2 tuh kan...hat lemah tu plak mesti slalu pakai braces kat gigi, loser, mat skema,gemuk, muka berjerawat...hmm..nak wat cam na...redho ja la...

Kesan gosip ni ada dua...satu membawa keseronokkan kepada penggosip dan satu lagi membawa kepada kemudaratan kepada penerima gosip...keseronokkan ini dapat digambarkan melalui kepuasan nafsu/hati/perasaan setelah berjaya mengeluarkan aib/kejelekkan/kelemahan orang lain sekaliguih menjatuhkan maruah orang yang dikecam...maka individu tersebut akan berasa seperti wah,leganya rasa,baru ang tau aku sapa,padan muka ang...dan tak lain dan tak bukan itu semua dendam semata-mata...dahla gosip belakang2, sebar abeh semua benda yang tak patut disebarkan, behtu sms plak kat adik org yg digosip tuh sebab arap2 adik tu bagi kat kak/abg dia baca/tau dan mengharap sgt2 org tuh buat serang balas dan bila ada ja serang balas, hmm lagi seronok la dia nak gosip dan umpat lagi...kalau ada jumpa org cam ni mau ajaq pakai kasut bola kat kaki anda behtu boh kasut bola dan kaki anda ke dlm mulut org tersebut...

Kesan yang ketara kepada penerima gosip liar atau jinak pula akan menyebabkan diri beliau berada dalam kesengsaraan dan lemah longlai disebab tidak berupaya untuk mempertahankan diri dari segala bentuk anasir dan propaganda berganda-ganda...mana tak nya, tak dan kawan tu nak cakap hat betui atau bela diri dia, kawan yg hat gosip tuh tuh sebaq ramai dah...bayangkan dia dah sebaq kat dua orang, behtu dua orang tuh sebaq kat dua orang lagi, behtu dua orang lagi sebaq kat dua org lagi dan seterusnya...tak ka ramai jadinya...haa...kira mcm MLM punya strategi gak la gosip2 ni...cukup 10 ribu orang bleh naik jadi Crown bleh pakai BMW 4 bijik...kesan lain jugak akan menyebabkan orang yang terkena gosip ni akan hilang rasa kepercayaan dari orang lain dan selalunya bila org dah tau benda yang tak betui walaupun taktau kesahihan, orang akan susah nak percaya dah...bayangkan kalau dia seorang pembuat roti untuk menyara 6 org anaknya yg masih bersekolah tatkala suami dia dah meninggal..disebabkan berita gosip ni dia dibuangkerja...bagaimana dia nak jadi pemenang roti berseorang lagi (sole breadwinner)untuk keluarga beliau?...mungkin kita tak kisah sebab tak kena kat batang hidung kita...cuba kalau kena?..takut2 melatah lebih dari org lain...

Gosip ni juga ada kelebihan kepada diri kita...bukan nak promote bergosip tapi sebagai muhasabah diri kita...kita bila marah sesorang kita akan menyalurkan kemarahan kita dengan mengumpat atau menggosip orang itu agar org itu dpt malu dan aib yang besar...bila kita sedaq kita slalu buat mcm tu maka kita akan tau diri kita sebenaqnya org yg mcm tu...oleh itu kita dapat beringat-ringat dahulu bersenang-senang kemudian...

Untuk tips mengatasi/mengubah cara-cara kita dan AK dari tidak mahu bergosip/umpat/ghibbah adalah dengan mengumpat diri sendiri, baru tau best ka dak kalau kena umpat/gosip dengan diri sendiri...haa...amik..padan muka...kalau nak serius lagi bleh la klik link pada pautan di bawah ni, sebab sepanjang AK nak kongsi cerita pasai ni ada dua laman yang berkongsi perkara yang sama malah lebih baik lagi ulasannya dan mudah difahami...mudah-mudahan kita beroleh keampunan dan keredahaan dari Allah SWT...

http://keluargakusayang.blogspot.com/2011/06/perkongsian-mengumpat-dan-gosip-mana.html

https://www.facebook.com/note.php?note_id=186738871344600

4 comments:

  1. gila panjang sgt perenggan hang weh...

    ReplyDelete
  2. ala nak gosip kena la panjang2..haha...tak pa esok dia jadi pendek...

    ReplyDelete
  3. "mengumpat diri sendiri, baru tau best ka dak kalau kena umpat/gosip dengan diri sendiri"

    umpat diri sendiri?? x sama..xsama.. susah nk wat ni

    ReplyDelete
  4. cuba try buat skali...hehe...kalau dah cuba buat nanti bagitau mcm mana rasa dia...kalau mcm best ja rasa dia tringin jugak nak try...hehe

    ReplyDelete