Thursday, September 22, 2011

Wanita itu Tinggi, Tingginya Wanita itu...

Sejak kebelakangan ni banyak kita boleh tgk, baca, dengaq dan cakap tentang tentang satu perkara ni yang kerap keluaq kot tv, radio, internet, majalah, buku-buku dan sebagainya, dan perkara tu tak lain tak bukan tentang hak kesamarataan jantina/gender. Hak-hak yang dituntut oleh kaum hawa tak lain tak bukan untuk memastikan bahawa semua aspek-aspek kebebasan yang wujud di alam fana ini mendapat kesamarataan yang hampir sama/sama/lebih dengan kaum adam.

Dunia Islam kini sekarang semakin hari semakin dipandang rendah dan hina apabila ia melibatkan hal-hal berkaitan dengan tuntutan hak kesamarataan gender ini. Semakin hari semakin banyak klip-klip video, rakaman gambar, paparan visual dan sebagainya tersebar dengan meluas di internet, majalah dan apa jua jenis medium dengan menggambarkan bahawa agama Islam ini adalah agama yang tidak mementingkan kaum wanita, agama yang memberi layanan yang teruk dan buruk pada kaum wanita, agama yang menindas dan menidakkan segala hak yang ada pada wanita dan macam-macam lagi. Paling banyak dapat dilihat adalah di dalam tv, terima kasih kepada penyedia program tv berbayar tempatan yang banyak memaparkan siri dokumentari yang menarik dan penuh informasi tentang taliban dan pengganas-penganas ekstremis Islam, akan tetapi ada juga di sepanjang dokumentari itu diselit satu babak/scene di mana mereka memberi layanan yang buruk terhadap kaum wanita. Malah, di internet, youtube sebagai contoh, ada memaparkan satu klip wanita muslim ini dibunuh oleh suaminya dengan menggunakan AK-47 disebabkan wanita itu dikatakan memalukan suaminya di khayalak ramai dan komen dibawah klip itu pula penuh dengan cacian, kutukan dan sindirian terhadap agama Islam. Pada hemat AK, ini sebenaqnya merupakan satu permainan, strategi, agenda, propaganda halus yang sedang direncanakan, yang sedang dimainkan oleh musuh Islam, sapa lagi kalau bukan pihak barat la khususnya. Mereka-mereka ini bijak dalam membuat 'eksploitasi' atas bahan media dan memaparkan keburukan-keburukan (seperti dicakapkan tadi)dalam usaha untuk meracuni minda orang Islam bahwa agama Islam tidak lengkap, tidak ada membela kaum wanita dan sebagainya. Perkara ini amat serius, amat serius, amat serius dan amat serius sebab hasil 'ciptaan' atau hasil 'eksploitasi' yang mereka buat tu, ditambah pula dengan penjelasan dan huraian dari orang barat yang berpangkat DR sikit, yg ada tokoh dunia sikit (besala sesetengah dr org kita, kalau mat saleh wat apa2 pon mesti terbaik punya, kalau org tempatan wat apa2 pon jgn arap la nak sokong), behtu dengan menggunakan ayat,kata,frasa yang sedap pulak, penuh semangat, berkobar-kobar dan penuh keyakinan ini dipercayai dapat memesongkan akidah umat Islam. Bagi umat Islam yang berfahaman sekular, modernis atau jenis akidah atas pagar pasti mudah terpengaruh atau termakan dengan hasil ciptaan mereka ini. Nauzubillah.

Sebenaqnya, kalau dilihat secara teliti dan faham dengan jelas, kita telah ditipu hidup-hidup dan per'olok-olok' mudah2 macam tu saja dengan geng-geng barat ni, macam kena main baling-baling bola tenis ja. Kita kena tau perbezaan antara Agama Islam dan juga Budaya/Adat. Agama Islam adalah agama yang syumul, lengkap dan agama yang tiada tolok bandingnya dengan agama lain. Darjat atau kedudukan wanita dalam Islam sebenaqnya dah memang tinggi, dari zaman Nabi Muhammad lagi, dan dalam Al-Quran pon terdapat banyak ayat tentang kaum hawa ni. Buka Quran Tafsir pimpinan Ar-Rahman dan cari la disitu. (Minta maaf,AK nak cakap hal agama ni kurang arif sikit, AK dibesarkan dengan sistem pendidikan bercorak sekular). Malah, dalam kesemua surah yang ada dalam Al-Quran tu pon ada satu surah khas untuk kaum wanita, Surah An-Nisa' (Wanita).(Isi kandungan kena rujuk pada Quran Tafsir atau dapatkan hujah/penjelasan dari Ustaz/Ustazah). AK pon percaya, ada banyak hadis-hadis Nabi tentang kedudukan dan darjat wanita. Dah terang lagi bersuluh, Agama Islam memang dah lama dah perjuang hak dan darjat dan kedudukan golongan wanita ni. Allah SWT tau apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Jadi jangan la dok mudah-mudah nak p percaya cakap orang lain yang memandai-mandai nak cakap kata Agama Islam ni tak jaga nasib kaum wanita la, tak beri layanan yang baik pada kaum wanita la, apa yang buruk-buruk yang lain lagi la. Hat cakap tuh pon manusia macam kita, ada akal ada fikiran yang terer macam mana pon pasti ada kesilapan, nih kan pulak kita nak personal kata Agama Islam tak jaga nasib/darjat kaum wanita, sedangkan ayat Al-Quran tuh Kalamullah, Allah yang turunkan.

Berbanding dengan Budaya dan Adat pula merupakan penerimaan perilaku dan pemahaman perilaku oleh sekelompok manusia/masyarakat terhadap satu perkongsian yang sama dari segi nilai dan norma yang dilakukan secara bersama dan diterima umum secara bersama. Budaya dan Adat bukan Agama. Jadi setiap bangsa di dunia ini ada budaya dan adat mereka tersendiri. Budaya dan adat ada yang berbentuk positif dan boleh diterima secara universal manakala ada pula budaya dan adat yang berbentuk positif bagi satu kelompok tapi ia dilihat sebagai satu bentuk yang negatif oleh kelompok yang lain. Budaya dan Adat adalah berbeza untuk semua bangsa di donia, akan tetapi Agama Islam adalah sama (pengajaran, isi kandungan, larangan dan perintah) untuk semua bangsa. Jadi, kat sini, AK nak 'highlight' kan bahawa kita sebenaqnya telah dipermainkan dengan mudah sekali oleh pihak barat/musuh kita. Depa ni twist skit ja antara agama dan budaya@adat teruih kita rasa cam teruk ja Agama Islam ni. Agama Islam tak ajar penganutnya untuk berbuat zalim pada semua umat manusia tak kira la lelaki ka perempuan ka tua ka muda ka. Agama Islam tak ajaq kita melakukan kekerasan pada kaum wanita. Jadi apa yang AK tengok di tv, internet, akhbar dan majalah tempatan mahupun luar negara yang dok tunjuk orang Islam dok zalim sangat kat kaum wanita, tak jaga kebajikan,hak dan keperluan wanita ni sebenaqnya adalah isu berkaitan dengan budaya/adat setempat. Contoh kat youtube, geng-geng serban kat Afghanistan tak silap AK, dok kerumun sorang wanita bertudung labuh siap tutup muka lagi, ada beberapa orang laki lain disekeliling pegang AK-47. Tak silap, ada beberapa orang laki kat situ p tampaq kepala perempuan tu, ada yang tendang sampai wanita tuh terbaring kesakitan. Sorang laki ni, dipercayai suami perempuan tuh berdiri belakang wanita tu dan akhirnya melepaskan satu das tembakan tepat pada kepala wanita itu dan amat sedih dan begitu sedih, wanita itu meninggal dunia di tempat dia terbaring kesakitan. Dalam Agama Islam ada dak ajaq kita buat macam ni? Nak tanya lagi, ada dak? tadak kan? Jadi ni apa? Ni la namanya budaya/adat depa. Budaya setempat depa ni la yang patut bertanggungjawab terhadap kematian wanita tu. Kat sana, ikut budaya/adat, wanita memang tiada hak apa-apa langsung untuk bersuara. Semuanya atas lelaki. Wanita kena ikut setiap arahan lelaki, apatah lagi suami. Ada lagi satu nak cakap, kalau la wanita tuh ada buat salah berat sekalipon pada suami dia, patut ka tak patut suami dia boleh buat undang-undang sendiri macam tu, dengan berbincang bersama sekelompok lelaki yang otak pon lebih kurang sama macam dia, yang akal fikiran terpatri kuat dengan adat dan budaya yang sama jugak macam dia? Kalau ikut Agama Islam, ada perundangan dia yang sendiri, yang betul, adil, dan sah, dan wanita tu ada hak untuk dibicarakan dan mendapat pembelaan, bukan main tembak ja. Tambahan lagi, masa tu, dikalangan lelaki-lelaki tu agaknya ada dak yang berpelajaran dan boleh berfikiran waras untuk bagitau hat lain tu yang depa buat tu adalah salah? Hmm..tadak, dah la jahil, bodoh piang, mangkuk ayun. Buat malu Agama Islam ja. Jadi ni la satu jenih permainan, strategi, propaganda halus musuh Islam dalam memperlekehkan Agama Islam dari sudut kesaksamaan gender yang mana wanita tiada suara untuk diri mereka. Haiya, lu banyak tipu olang aa olang balat. Dah la di eropah semangat Islamophobia dan Anti-Islam ni dah banyak dah, tambah lak dengan isu-isu permainan macam ni pulak, hat mana tak tau tuh, hat mana yg dok sokong ja tanpa usul periksa, akan bertambah benci dan meluat la pada Agama Islam. Disebabkan orang jahil dengan budaya dan adat yang ekstrem ni la buat Agama Islam dilihat sebagai agama yang ganas dan sebagainya.

AK terasa nak tulis entry pasai kesaksamaan gender ni sebab baru ja abeh baca Newsweek isu 26 Sept (subscription copy). Isu kali ni byk cerita tentang wanita. Peranan wanita dan kuasa wanita dalam mencorak dunia pada masa kini. Behtu ada pulak depa buat macam kajian la 20 negara yang terbaik untuk wanita (dari segi hak keadilan, kesihatan, pendidikan, ekonomi dan politik). Macam biasa la, bila mai kat 20 negara yang terbaik, negara barat la paling terbaik sekali. First is Iceland, second place is Sweden dan Canada is the third. Take note, fourth place is Denmark. Negara yang banyak pergerakan anti-Islam dan tempat tinggal sorang karikatur yg buat kartun hina Rasulullah. 20 negara yang terburuk utk wanita pula? Macam besa la, negara hat mundur, negara-negara Afrika. No satu Chad, no dua tanpa syak wasangka lagi Afghanistan (patut Afghanistan la no satu), no tiga Yemen....Pakistan no 8,...Sudan no 10, ...Nigeria no 13, ... Saudi Arabia no 19. Banyak-banyak negara ni semuanya kalau kita tengok negara yang majority/agama rasmi adalah agama Islam. Kat situ pon dah boleh nampak dah bias. Kalau ikut kajian tuh, dari aspek yang dikaji tuh, AK sendiri pon ada yang bersetuju jugak, tapi kat sini nampak macam ada maksud tersirat nak kata bahwa negara-negara Islam ni sebenaqnya teruk dalam memperjuangkan nasib wanita. Depa nampak kekurangan mungkin sebab depa buat perbandingan dengan negara depa. Kalau mcm tu memang tak sama la, orang Islam wajib menutup aurat, tapi bagi depa pulak tayang rambut dengan pelbagai pesyen masa kini tu hak kebebasan wanita. Hmm... Tak pa la, AK baca untuk tambahan maklumat diri sendiri.

Behtu buka kat belakang-belakang tuh, ada satu artikel tuh tajuk dia menggamit mata nak membacanya. ‘The New Faces of Islam’ Hmm..dari artikel tuh dia cerita pasai dua orang wanita beragama Islam dari Morocco dan Tunisia yang menempuh rintangan dan halangan (x la detail apa halangan depa) tp yang pasti halangan agama dan tradisi dalam usaha mereka menceburi dunia permodelan. Ada la cakap macam-macam , behtu sampai la satu part tuh, model Tunisia ni cakap dia nak jadi ‘role model’ untuk wanita Arab dan nak merubah ‘stereotype’ model-model eropah terhadap wanita Arab yang sungguh konservatif, pakai burqa, penutup muka dan sebagainya. Tinggi cita-cita dia. Mungkin ada pembaca yang kata, “Biaq pi la kat dia, dia nak jadi model tuh hak dia, dia punya suka la dia nak buat apa pon. Yang AK kalut nak sebok-sebok hal dia pasaipa. Model antarabangsa banyak pa gaji dia, banyak lagi dari gaji ang, lerrr...” Takpa, AK terima pandangan tuh. Tapi persoalannya, kalau dia nak jadi model pon,kenapa kena jadi model yang kena dedah sebahagian tubuh dia. Memang dia ada mengaku dalam artikel tuh dia tidak akan berbogel dalam kerjaya dia. Tapi sebahagian dari tubuh tuh juga kan aurat?..”Ler, biaq p la kat dia, dah jadi model antarabangsa, memang la kena dedah sana sikit, sini sikit, kalau dak tak payah jadi model la cam tu, apa hal ang nak sibuk-sibuk pasai aurat dia, tuh pon kira bagus la tuh dia tak mau berbogel, lagipon jadi model antarabangsa mesti utk jenama-jenama terkemuka punya, mesti la kena dedah sana sini sikit.” Hmm..AK terima juga pendapat tuh. Tapi persoalannya kenapa dia kena berkorban sampai tahap tuh?. Takkan tadak kalau nak jadi model yang berciri Islamik sikit mcm model burqa ka? model busana Muslim ka? model tudung bawal ka? model tudung lilit-lilit ka? “La...kolot la AK ni, otak tak berkembang, tak maju. Fesyen la ni macam-macam, lagi pon brand-brand pakaian eropah tuh semua kan macam tu, baru la artis Hollywood skit kalau pakai, kalau I diberi peluang, I pon nak jugak.” Hmm...betul juga tuh. Tapi, kenapa kalau nak jadi model antarabangsa kena ikut cara depa, dedah sana dedah sini. Sebab pakaian Islamik ni tak da nilai di pasaran antarabangsa? Sebab pakaian jenama eropah lebih bernilai? Hmm..dalam tak sedar kita sendiri pon dah termakan dengan permainan musuh Islam. Kenapa kita kena ikut acuan depa kalau nak jadi model antarabangsa? Kenapa kita kena ikut acuan pakaian jenama depa kalau nak ikut peredaran zaman/fesyen? Kenapa kita tak sendiri bangunkan acuan kita sendiri untuk bantu wanita Islam yang nak jadi model dengan yang ikut syariat? Kenapa kita tak sendiri buat pakaian yang berjenama dunia supaya fesyen Islamik jadi tumpuan dunia? Kenapa tak boleh? Adakah sebab kita tak mampu? Sebab kita rasa malu dengan fesyen kita di mata dunia? Atau sebab kita dah jadi salah seorang watak dalam permainan orang kafir? Jumlah penduduk Islam di dunia 1.57 bilion dan sebanyak 60% di Asia. Takkan tak leh cari makan kalau usaha sungguh2? Hmm.. itu hak masing-masing, bukan la nak halang sapa-sapa pon nak buat apa pon, tapi tak salah untuk berfikir dan saling menasihati antara satu sama lain agar kita tidak tersasar jauh. Banyak lagi AK nak cakap pasai kesamarataan gender ni. Ada dulu AK join group yang memperjuangkan hak wanita dan ada pengalaman nak cerita jugak kat sini, tapi macam dah panjang sangat. InsyaAllah nanti ada masa lain akan disambung semula. He he he. Kat bawah ni AK post link untuk bacaan lanjut tentang kesamarataan gender ikut kaca mata Islam tak pon google sendiri hak wanita dalam Islam.

1. http://ustazahnorsaleha.blogspot.com/2010/12/hak-hak-wanita-pada-zaman-rasulullah.html
2. http://aki2004.wordpress.com/2011/01/30/perjuangan-wanita-zaman-rasulullah/
3. http://www.yadim.com.my/wanita/WanitaFull.asp?Id=123
4. http://drmaza.com/home/?p=19 (minda tajdid – Dr Mohd Asri)

p/s: mudahan kita tidak terpedaya lagi dengan cara kotoq pihak barat dalam melemahkan kekuatan akidah kita sebagai umat Islam. Segala kekurangan itu dari diri AK sendiri dan yang baik dan sempurna itu hanya dari Allah SWT.

No comments:

Post a Comment