Wednesday, September 21, 2011

Senyum, Tak Perlu Kata Apa2

Dalam donia ini, manusia tak terlepaih dari hidup bersosial antara satu insan dengan insan yang lain. Dalam melusuri kehidupan seharian, tidak normal lah atau abnormal lah sesorang itu sekiranya dia tak pernah bertutur/bercakap/berbisik/berbual/berkata/bergosip/bermaki/bergurau/bergelak dengan individu yang lain. Mesti ada proses sosialisasi antara manusia dengan manusia yang lain paling kurang pon pasti melibatkan dua orang. Kerna ini lumrah kehidupan. Kalau anda seorang yang peramah dan bukan pemarah, anda pasti ada lingkaran rakan yang luas dan banyak. Tapi kalau anda seorang yang pendiam, pemalu, penyabar, penyegan atau permasalahan mulut berbau, anda juga tidak terlepas dari memiliki seorang atau dua orang utk bersosial. Gamak kata dia tadak kawan pon pasti dia ada binatang peliharaan untuk dia bersosial tak pun paling abeh kritikal pon dia ada kawan kot alam maya tak pon dia ada kawan kat depan cermin muka dia sendiri. Dalam erti kata bersosial ini sebenaqnya merangkumi luas medan maksud kata tersebut tapi entry kali ni AK nak sentuh tentang sosial dalam perhubungan dan implikasi dalam kegagalan perhubungan. Bukan perhubungan cinta saja nohh...

Perhubungan, pertalian, persaudaraan, pengikatan, ikatan, jalinan, kaitan atau kata lain yang sama erti dengannya merupakan kata-kata yang pasti menyentuh, memberi, mentafsirkan, mengolah, menerangkan pelbagai makna dalam setiap rongga-rongga kehidupan yang sudah dinikmati sehingga kini. Makna dan pengalaman itu muncul tanpa disedari tak pon dengan disedari, ia datang dan wujud , tanpa segan silu teruih melekat pada dinding-dinding kehidupan. Ada yang beri kesan sampai kita rasa kehidupan di dunia ini sungguh begitu indah tak terperi, liku-liku perjalanan halus, suci tak berduri, bahagia hanya dari mata hati yang berseri, pendek kata, apa terjadi seperti di alam fantasi. Ada kala yang beri kesan bagai satu erti yang kosong dan sunyi, tiada empati tiada simpati, gelap, pekat seperti kopi, atau bagai kayu mati di arus sungai yang melulu tanpa arah tuju. Ada kala lain yang beri kesan seperti tiada keadilan, tiada justifikasi, penuh prejudis, penuh emosi, penuh persoalan, penuh keraguan, penuh kesangsian, bagaimana perkara ni boleh terjadi, kenapa perlu terjadi, pasaipa boleh terjadi, awatla kena kat aku sendiri, kenapa diri ni sering di uji dan macam-macam lagi. Semuanya ada maksud tersendiri.

Pasti dan sudah pasti bila hidup bersama dengan orang lain akan melibatkan sedikit atau sebanyak rasa yang akan wujud dalam perasaan diri. Mungkin rasa tu dia mai dalam bentuk positif, ada plak yang dia mai dalam bentuk neutral, ada jugak yang mai dengan bentuk negatif. Namun, apa jua yang kita rasa itu sebenaqnya berbeza dan terpulang pada setiap pemahaman dari kaca mata individu itu sendiri. Lain orang lain ragam, lain padang lain belalang. Ada dalam kehidupan kita yang yang mana pada hujungnya, tak pon kat tengah-tengah, tak pon tak dan nak mula lagi dah temui kegagalan dan segala mak nenek yang negatif. Sedih, sakit, serik, kecewa, kempunan, kena klepet, menyesai, menyebai dan bermacam lagi sudah pasti antara kesan guris yang mendalam di lubuk sanubari. Kadang- kadang, kesan gurisan itu yang sikit-sikit demi sedikit mula jadi panaih, mendidih baik punya, behtu meletus baran yang meluap-luap. Dalam bahsa kampong, keadaan ini dinamakan sebagai bebai atau hangin satu badan manakala dalam bahasa yang agak bandar/town sikit ia berbunyi kemurungan, stress atau tekanan kehidupan. Sekiranya anda rasa perkara negatif mcm kat atas tadi pernah wujud dan sama sekali tidak memberi sebarang masalah kepada anda dan anda sendiri juga merasakan bahwa ia merupakan satu pengajaran untuk anda terus maju kehadapan dan berjaya, maka anda dikategorikan sbg seorang yang positif, anda seorang yang hebat, AK suka anda, anda kiut dan comel serta penuh dengan wawasan. Ternyata apa yg ada kat bawah ini bukan lah utk tatapan anda sama sekali kelak ia merugikan masa anda untuk membacanya.

Di sini, AK nak berkongsi sedikit maklumat dengan apa yang dikatakan kemurungan, atau stress atau tekanan. Di dalam donia yang fana ini, tadak sorang pon dari kita yang mampu untuk berdiri ataih pentas dan cakap kuat-kuat guna mic, dengan penuh yakin kat orang ramai bahwa hidup dia tak penah ada stress langsung walaupun ianya sebesar zarah. Kalau ada pon, tuan2 dan puan2 boleh la “boo” kuat2 kat depan muka dia, supaya dia boleh rasa stress dgn tindakan dan reaksi tuan2 dan puan2. Stress ni nak abaq mai, sapa-sapa pon penah alami aih, satu dari saploh orang mesti kompom2 akan kena stress punya, aci kerat cuping punya, tapi dia hanya beza kat tahap stress tu, sama ada teruk dengan tak berapa nak teruk.

A) Stress Masa Kanak-Kanak
Secara rambang kalau diperhati dan diperhalusi, kita sebenaqnya dah pon penah alami stress mula dari masa kita kecik-kecik dulu. Haa, tak percaya, masih ingatkah anda bila mana anda lalu di bahagian alat-alat permainan kat shopping complex, bila mana langkah kaki anda semakin lama semakin pelan dan mengecik, bila mana anak mata anda semakin lama semakin ligat pusing sana sini, bila mana akai anda penuh dengan tipu helah, tipu daya utk mematahkan halangan ibubapa anda dari tidak membeli ‘target’ anda, bila mana kaki anda seperti ada gam dan tak boleh nak gerak dan bila mana otak anda sudah mula menghantar neuron-neuron untuk bersiap sedia nak nangeh kuat kalau tak dapat ‘target’ anda? Kalau tak dapat pastinya anda menangis sekuat hati dgn niat ibubapa anda akan rasa malu dan akhirnya beli juga utk anda. Kalau tak beli juga, maka implikasi yang hampir sama pada setiap masa dimana jua, bila mana ibubapa anda mengheret anda dengan cepat atau dengan sedikit ‘kekerasan’. Tapi kat sini AK ada sikit persoalan sisipan cepu emas utk anda, adakah budak-budak ini dapat mengintrepitasikan rasa stress yang dia rasa tu seperti seorang dewasa yang dah cukup akal dan baligh? Kalau kita tanya soklan kat budak tu masa dia tengah nangeh guling-guling tu kan, “Adik-adik, adik stress dak bila mak ngan abah tak beli robot tu? Agak anda, apa yang budak belum mumaiyiz tuh jawab? Tak dapat nak duga? Hmm, ntah2 depa pon tak tau stress tu apa.

B) Stress Masa Remaja
Masa remaja adalah masa yang paling banyak mengalami kemurungan dan ini adalah disebabkan kita mengalami satu transformasi atau perubahan secara gradual dari segi fizikal dan emosi dalam proses kematangan diri. Selain dari segi perubahan fisiologi, remaja juga mudah cenderung pada stress yang berpunca dari sekolah, stress kerja rumah banyak, stress dengan math tam,fizik dan kimia, stress dengan cikgu pompuan cantik yang single, stress dengan pengawas, stress dengan cikgu disiplin dan pk hem, stress dengan kawan seblah yang tak reti2 nak beli deodorant, stress dengan awek sebab ramai sgt nak rebut, stress dengan keputusan exam, stress dengan pemilihan wakil rumah sukan sebab asyik x dapat, stress sebab wakil bola sekolah tapi asyik jadi simpanan dan sebagainya. Remaja hat masuk IPTA/IPTS pon ada stress depa tersendiri. Ada yang stress pinjaman tak penah nak cukup, ada yang stress pinjaman tak cukup sebab dah beli henset nu henset ni, ipad nu ipad ni, ada yang stress dengan lecturer bg markah sikit, ada pula yang stress dengan kawan yg dpt markah byk sebab rajin dok kipas lecturer, ada yang stress tak dapat tekel awek cun dan anak org kaya lak tu, ada yang stress nak kena wat presentation, stress nak jadi stailo,taf macho dan sebaginya tapi hampeh, stress nak ikut budaya subculture tapi tak boleh2 nak ikut satu apa pon, ya la x reti nak nyanyi lagu dalam bahsa omputih. Dan macam-macam lagi.

C) Stress Orang Dewasa
Orang dewasa juga ada stress dia sendiri. Stress orang dewasa ni selalunya tentang dengan urusan keluarga, masalah-masalah berkaitan pekerjaan, faktor-faktor kewangan dan sebagainya. Orang dewasa ni selalu stress atas sebab bebanan tanggungjawab yang kena pikul. Dulu hidup sorang-sorang, sekarang dah ada anak-anak dan bini@bini-bini. Sebagai ketua keluarga, mcm2 la perkara nak kena amik kira. Perempuan pon sama jugak la dengan stress depa. Dah la stress kat tempat keja, behtu balik nak kena setel bab anak2 kecik, behtu nak kena masak lagi, behtu stress pulak nak pikiaq topik apa nak gosip ngan jiran time petang2. Tuh tak masuk lagi stress dgn kawan kat tempat kerja sbb takmau beli set pinggan mangkuk/penapih ayaq/taperware/tilam zhulian, maklum la jadi agen, tak dapat nak pusing modai. Huih, banyak nguh aih stress.

D) Stress Orang Tua
Orang tua pon depa ada stress depa gak. Jgn tengok depa dah tua depa dah rilek, cool tadak stress. Rasanya depa la golongan yang lagi teruk menerima stress sebab depa mengalami keadaan dimana depa akan kerap kehilangan orang yang tersayang dan terdekat dengan depa., ahli keluarga ka, sanak saudara ka, kawan karib ka dan sebagainya. Pada hemat pasti mereka sedih sebagai tanda yang normal akan tetapi disebalik itu, ada stress yang terselit yang orang lain tak nampak mcm mana? Luaq nampak tenang tapi dalam hati siapa yang tahu?..

Cakap pasai stress, anda ada tau ka apa simptom2 atau apa kriteria-kriteria yang membolehkan anda menggelarkan diri anda sebagai seorang yang stress? Kalau anda ada kesemua-semua simptom2 ni tak pon majoriti dari semua simptom2 ni maka anda sebenaqnya dalam stress:
A) Mengalami tekanan atau perubahan emosi yang drastic sepanjang hari atau setiap hari.
B) Mengalami masalah untuk tidur.
C) Perubahan dalam berat badan dan selera makan.
D) Hilang minat dan keinginan terhadap sesuatu.
E) Keletihan dan kehilangan tenaga.
F) Mudah rasa bersalah dan diri tidak berguna.
G) Kesukaran dalam membuat keputusan dan menumpukan perhatian.
H) Hat ni paling teruk sekali, kalau ada hat ni cepat2 p jumpa doctor yang berhampiran, Pernah terpikiaq, ada terpikiaq, atau sudah pon nak melakukan apa yang terpikiaq untuk mencederakan diri atau membunuh diri.

Oleh itu maka dengan itu, kurang-kurangkan lah rasa stress anda itu. Jangan anggap sesuatu pekerjaan yang bakal dilakukan itu susah, penat, berat dan sebagainya malah letakkan persepsi bahwa tugas/kerja yang nak dipikul itu sesuatu yang mudah walaupun ia mengambil masa yang lama/cepat untuk disiapkan. Berfikiran positif mampu mengurangkan rasa stress untuk melakukan sesuatu perkara. Senyum selalu. Rehat bila anda rasa letih dan sambung kemudian. Buat sedikit regangan badan atau berjalan seketika. Pandang atau lihat pada persekitaran berwarna hijau atau pokok2. Bergurau senda seketika untuk mengurangkan rasa penat atau tekanan. Dan paling tak elok dan jangan ikut ialah dengan mengambil apa jenis bahan ubat-ubatan tanpa preskripsi doktor, yakni dengan bertindak melulu dengan mengambil pil-pil khayal, dam, ganja, crack, ice syabu, kokain dan sebagainya. Benda-benda ni depa kata dapat kurang dan hilangkan stress, tapi rasanya nanti masa depan yang tergadai.

No comments:

Post a Comment