Sunday, September 11, 2011

Sat-sat..lagi 10 minit aku buat...

memang sudah menjadi amalan dan budaya sampingan kita bilamana kita sering kali membudayakan satu amalan yang sebenaqnya tidaklah mendatangkan satu faedah malah didatangkan pula seribu masa'elah..ha..apadia?...ha ni nak abaq mai...kita sebenaqnya memang suka dengan tabiat yang diberi nama tabiat/budaya/amalah melengah-lengahkan sesuatu perkara...tak kira la benda apa pon...ada hat pesyen yg benda hat penting tuh dia suka taruh biaq nak buat masa/hari lain, dan pada masa yang sama jugak dia gagah dan pulun nak buat benda lain hat tak penting langsung dan kadang-kadang tadak kena mengena dengan kehendak dan keperluan semasa beliau itu...behtu bila dah ghalet/ralet/leka/alpa dgn kerja tak tahuwan tuh maka kerja hat penting tuh pon kuin lama kuin lupa, behtu bila mai tang ujung-ujung, tang kerja tuh diperlukan sangat-sangat, baru la nak kalut siang malam nak bagi perabeh siap semua...jadi amalan ini, amalan suka berlengah, atau dalam bahsa omputihnya procastination tak perlu la diamalkan...bukan apa...buat sakit badan ja...nak pulun-pulun pening kepala, demam, ngantuk dan sebagainya utk siapkan kerja last minute buat apa kan?...bak kata orang tua-tua yang agak keras bunyinya...dah nak terberak baru la nak korek lubang...bila lubang dah dikorek tapi dah pon terberak dlm sluar/kain, maka sudah tiada gunanya lagi...

haa tudia nak abaq bagi...ada dak anda ghasa ia macam kena direct kat batang hidung anda sendiri?..tak ghasa...bagus, maka anda seorang yang begitu berdisiplin dan berdaya maju...anda sudah terdidik dengan baik sekali tak pon masa sekolah dulu anda merupakan ketua pengawas atau pengawas biasa, tak pon anda pengawas perpustakaan, ketua@atau penolong ketua kelas, komander unit pengakap, bendahari@s/usaha persatuan dan kelab, tak pon paling koman la wakil rumah sukan..tahniah...jadi anda tak perlu membaca lagi penulisan dibawah kerana entry ini adalah khas ditujukan untuk orang yang spisis baloq dengan kata lain agak penyegan, pemalaih, penangguh atau bak kata simpulan bahasa berat tulang..haa...kalo baloq liat?...baloq liat tuh tahap dia bukan agak-agak penyegan dah...yang tu dah tahap manusia sendiri pon tak tau nak cakap apa dah...haa tudia...jadi situasi yang sedang diperkatakan ni sebenaqnya ada jugak dalam diri AK sendiri...sebab dlu tak penah jadi pengawas sekolah kot...tp jadi pengawas perpustakaan...ha ha...jadi pengawas perpustakaan pon tak penah buat kerja...takat seronok pakai tie biru ja...kalau ada buat kerja pon ikut "shift"...dua hari kawan tlung susun buku utk AK...lagi dua hari AK plak tulung susun kat dia...tapi turn AK tuh tak susun pon...tulih nama ja dlm buku rekod...hohoho..punya la penyegan...tuh kisah zaman skolah dlu2..sekarang dah berubah dah...ada la skit...ha ha...

berbalik pada persoalan asai kita tadi...ada ka tanya soalan tadi?..ha, pasai pa kita selalu meletakkan budaya seperti itu dalam kehidupan sehari-hari kita? Apa punca disebalik berlakunya kewujudan budaya tersebut dalam diri? Megapakah ia berlaku/terjadi? Bagaimana ia boleh berlaku?...kadang-kadang bila cuba nak menjawab persoalan yang timbul, kita jugak ada rasa seperti, "alah, benda tu standard la, semua orang besa buat aih, muhong ngat aih ang tak penah buat, mu bahong!" Jika itu yang difikirkan, ia menandakan secara tidak langsung bahwa perkara buruk ini sebenaqnya boleh berlaku dalam diam2 dengan sendirinya tanpa kita jua sedari...jadi apa puncanya?

1. Anggap kerja yang nak ditangguh tuh senang, mudah, kacang, celah kerongkong.
- bagila kerja apa pon, semuanya senang aih, tadak masalah, sat ja bleh buat, tak susah mana pon..kerja hat amik masa nak siap 4-5bulan pon boleh siap dlm 4-5jam ja...
apa nak kalut-kalut buat awai-awai...

2. Yang menyuruh buat kerja itu adalah ibubapa-yang-difikirkan-takkan-la-nak-marah anak-kot-kalau-tak-buat, adik lelaki/perempuan, member-baik-punya-boleh-kautim-tadak hal-lah tak pon orang gaji.
- bila ada kategori orang yang memberi arahan buat kerja yang dimana beliau sendiri merasakan tidak la sepower mana pon kuasa autoriti/arahan itu terhadap dirinya...maka kerja itu berlanjutan la sampai bila-bila.

3. Keadaan sekeliling yang mempromosikan budaya sedemikian rupa.
- melihat kepada keadaan persekitaran yang memang telah dipupuk dengan jayanya akan amalan berlengah...tgk pak/mak pon sama suka lengah2, tgk kak/abg pon suka lengah, tgk kawan2 pon sama, tgk sana sini pon semua sama...lengah ja kerja..jadi rasanya tak perlula nak buat kerja awai-awai..satgi kalau pulun kena kutuk pulak kan?..

4. Banyak perkara yang mudah meng'distract'kan diri dari buat kerja akibat dari kemajuan teknologi dan era globalisasi.
- bila nak mula buat kerja ada saja benda nak ganggu...sat-sat boipren/gelpren call@sms, sat-sat perut lapaq, sat-sat ghasa cam nak check emel, sat-sat nak men fesbuk, sat-sat nak skype, sat-sat rasa cam nak buzz kot ym, sat-sat nak donlod lagu, sat-sat nak hye, a/s/l pliz...apa lagi?..mcm-mcm ada...

5. Mengharapkan orang lain yang extra super duper pulun@gigih yang nak tolong siapkan kerja.
- akan rasa nanti walau macam mana sekalipon pasti ada seorang atau dua orang hamba Allah yang akan datang menghulurkan bantuan diwaktu beliau dalam kesusahan dengan cuba berlakon tahap Joni Dep untuk meraih simpati...

6. Dah diri memang seorang yang pemalas dan penyegan yg dah tadak ubat.
- bagila kerja apa pon, jgn harap la nak dibuatnya kerja tuh...sebab beliau sendiri pon tak kisah apa nak jadi...apa nak jadi nanti, jadilah...layan saja...

7. Perangai malas (kuasa tak ternilai) diatas perangai malas (kuasa infiniti) atau super duper baloq liat.
- haa..hat ni kes paling ekstrem...dah la diri tuh malaih tadak dah, nak soh buat kerja yang patut kena buat?...jgn harap la...nak buat assignment?..hm tadak hari la nak siap...nak switch on plug komputer pon dah malaih...nih kan pulak nak taip...orang cam ni mau ajaq buat ongbak guna pala lutut boh direct kat tulang belakang dia..bagi urat saraf dia ok skit...mungkin la baru ghasa nak buat kerja kot...ha ha..

Jadi, budaya melengahkan sesuatu perkerjaan/perkara sebenaqnya memudaratkan diri kita sendiri..jika dibiaqkan ia berleluasa dalam diri takut suatu hari nanti pelbagai masalah yang menimpa tanpa berkesudahan. Mungkin suatu hari nanti, sebab suka berlengah, bebanan kerja yang ditanggung akan bertambah, mungkin mudah putus tali kekeluargaan, hilang kawan-kawan, lupus kepercayaan dari orang ramai, mendapat caci-maki secara tiada adab dibelakang kita, kena reject mak mertua, kena tendang keluaq dari kolej@universiti, dan paling teruk ialah menjadi bangkai yang bernyawa...Sama-samala kita cuba elakkan dari berlengah, jom kita paksa diri skit utk jadi lebih rajin/semangat/pulun...tak rugi..utk kejayaan diri sendiri juga...bak kata inspirasi dari Abraham H Maslow, seorang theoris motivasi terkenal ada mengatakan dalam bahsa omputihnya "If you deliberately plan on being less than you are capable of being, then I warn you that you'll be unhappy for the rest of your life."

1 comment: