Sunday, July 24, 2011

Apa Yang Penting?...

Tadi tgh dok saja-saja, bosan tak tau nak wat apa, AK belek-belek la buku hat lama-lama yang dok ada, kot-kot ada yang best bleh la bwat baca sebelum nak p makan malam. Dalam dok tengah belek-belek tuh terjumpa satu buku terjemahan Imam Ghazali, tajuk buku dia rilek dan simple, Kesilapan Ketika Sembahyang. Alang-alang dah nampak tu, teruih la amik baca mukadimah dia, abeh ghalet baca sampai la satu bab baru tajuk martabat dan kedudukan solat. Ha, teruih teringat apa yang dah dipost sebelum nih. Ada kaitan juga bab ni. Maka dengan itu, AK ghasa mcm nak kongsi serba sedikit apa yang dah dibaca untuk kebaikan AK sendiri dan juga orang lain yang membaca. Yang baik diambik buat pedoman dan amalan yang buruk ditebaq jauh-jauh. Supaya dengan pengetahuan yang baru/sedia maklum ini dapat meningkatkan kesedaran akan kepentingan solat dan darjatnya dalam segala ibadah.

Dari buku tuh ada habaq bahawa solat mempunyai kedudukannya yang teristimewa berbanding dengan ibadat-ibadat yang lain. Oleh itu, solat diklasifikasikan sebagai tunjang kepada semua ibadat yang ada.

a) Solat merupakan tiang agama

Sabda Rasulullah SAW, "Kepala segala soal ialah Islam (menyerahkan diri kepada Allah), tiangnya ialah solat dan puncaknya ialah jihad fi sabilillah." (hadis riwayat Ahmad dan Turmuzil)

b) Solat ibadat yang pertama diwajibkan

Solat adalah ibadat yang pertama diwajibkan oleh Allah SWT kepada hambaNya yang diperintahkan kepada Rasulullah SAW tanpa perantaraan pada malam dimana Baginda dimikrajkan. Hadis yang berasal dari Anas menjelaskan "Difardhukan solat atas Nabi SAW pada malam Baginda diisra'kan itu lima puluh waktu, kemudian dikurangi sehingga ditetapkan lima. Lantas Nabi diseru, Ya Muhammad! Sesungguhnya perkataan disisiKu tidak dapat diubah lagi, dan sesungguhnya bagi engkau dengan solat yang lima waktu ini (dinilai sama) dengan lima puluh waktu." (hadis riwayat Ahmad, An-Nasaei dan At Turmuzi)

c) Solat merupakan ibadat yang pertama dihisab pada hari kiamat

Sabda Rasulullah SAW, "Yang pertama sekali dihisab atas seorang hamba dihari kiamat nanti ialah sembahyang, maka jika baiklah sembahyangnya nescaya baiklah amalan-amalan lainnya dan jika rosak sembahyangnya, maka binasalah amal-amal yang lain. (hadis riwayat Thabrani)

d) Solat merupakan wasiat terakhir Rasulullah SAW sebelum Baginda wafat

"Jagalah solat, solat dan apa yang dimiliki oleh tangan kananmu." (hadis riwayat Ahmad)

e) Garis pemisah antara Islam dan Kafir

Barangsiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja dan kerana ingkar kepada perintah Allah, maka telah sepakat umat Islam mengkafirkannya:

Dalam hadis Nabi:

"Beza antara seorang laki-laki (muslim) dengan kafir ialah meninggalkan sembahyang" (hadis riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud, Turmuzi dan Ibnu Majah)

Tambahan lagi, "Janji antara kami dan mereka ialah solat, maka siapa yang meninggalkan solat, maka sungguh telah kafirlah ia." (hadis riwayat Ahmad dan Ash-Habussunan)

f) Sebagai ukuran bagi berkembang atau tidak ajaran Islam dimuka bumi

Sembahyang merupakan ajaran terakhir yang mungkin akan hilang dari dunia. Sabda Rasulullah SAW,

"Sungguh akan runtuh tali Islam satu demi satu, maka setiap kali putus tali yang satu manusia akan bergantung (berpegang) dengan tali berikutnya. Maka yang pertama runtuh ialah hukum Islam dan yang terakhir ialah sembahyang." (hadis riwayat Ibnu Hibban)

Tambahan hadis lagi:

"Siapa yang menjaga dan memelihara sembahyangnya, menjadilah ia cahaya, keterangan dan kemenangan dihari kiamat. Dan barangsiapa yang tidak menjaga sembahyangnya iat tidak akan mempunyai cahaya keterangan dan kemenangan. Dan adalah ia bersama Qarun, Firaun, Haiman dan Ubai bin Khalaf dihari kiamat." (hadis riwayat Ahmad, Thabrani, Ibnu Hibban)

g) Solat adalah jaminan ke syurga

Bersabda Rasulullah SAW, "Lima solat yang diwajibkan Allah atas hamba-hambaNya maka barangsiapa yang menegakkan solat itu dan tidak menyia-nyiakannya kerana menganggap ringan dengan kewajipan solat itu, maka ia telah memiliki janji Allah, bahawa Allah akan memasukkannya kedalam syurga. Dan barangsiapa yang tidak mengerjakan solat maka tiadalah ia mempunyai janji dengan Allah, juka Ia kehendaki Ia siksa dan jika Ia kehendaki akan dimasukkanNya ke dalam syurga." (hadis riwayat Dar Aquthny, Muslim, Ibnu Hibban)

h) Solat adalah syiar Islam yang utama dan tali penghubung antara hamba dengan Allah

Rasulullah bersabda,

"Sedekat-dekat hama kepada Tuhannya, ialah dikala hamba itu sedang sujud (dihadapan ALlah), sebab itu perbanyaklah doa dalam sujud." (hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan An-Nasaei)

Moga kita lebih memandang berat akan solat kita seharian dan menunaikannya dengan sebaik-baiknya. Ada bab seterusnya berkaitan Tidak Sempurna Sembahyang Fardhu Tanpa Sembahyang Berjemaah. Nanti ada masa AK akan post satu hari nanti. Insyallah.

Sekira ada kesilapan AK mohon maaf dan mohon diperbetulkan sebab AK cuba sampaikan apa yang dibaca dan apa yang tertera di dalam buku ini sekadar utk perkongsian bersama.

No comments:

Post a Comment