Thursday, July 7, 2011

Aku Bukan Kuli tapi Aku Tak Reti

pernah dak anda semua berada dalam situasi yang mana anda tak suka/mau/dpt nak tolong/boleh elak untuk melakukan sesuatu benda yang anda sendiri sebenaqnya memang pun tak mau buat tapi anda tak dapat nak luah dengan kata-kata sebab mungkin yang suruh tuh adalah bos, rakan sekerja, rakan taulan, pak sedara@mak sedara, anak menakan, awek, boipren, cikgu, pensyarah, supervisor, cucu cicit anda dan sebagainya? jika anda pernah rasa dan alaminya, maka anda adalah org Malaysia yang normal dan anda juga tak perlu nak gaduh-gaduh risau kerana rata-rata dalam hidup anda (termasuk saya sendiri) mengalami sekurang-kurang 10, 20, 300 atau pun 4000 kali situasi seperti ini.

Bos: Man, ptg ni hang p antaq barang ni kat kedai nuh, depa dah bising barang tak sampai2 lagi.
Man: Ok bos! (tula dua hari lepas aku tanya bwat taktau..tak pasai melepas nak tgk Noraelena)

Kawan A: Aku terlepaih bas aa nak balik Changlun. Ang antaq aku sat boleh dak? Ang kata kita BFF..
Kawan B: Hm..Ok..(tudia la, aku dah sroh ang keluaq awai-awai dari rumah, nih dak, ang dok boleh layan katun lagi)

Rakan Kerja 1: Satgi ang nak lalu kat pekan kan? neh aku nak mintak ang tlung beli tiket bola sat kat stadium, behtu ang lajak sat p kat tnb bayaq bil letrik aku behtu otw nak balik apa kata ang singgah beli coq pisang sringgit dua ka..ada ayaq teh o panaih bungkuih pon baguih jugak..guna duit ang dulu, aku tadak duit kecik..
Rakan Kerja 2: Aaa..Baik bang..(apa la naseb aku prektikel kat sini..)

Pak Sedara: Che Yam oi (sambil balut rokok daun), Pak Ngah ni bukan apa, ang tuh umoq dah meningkat, takut nanti sampai ang pakai tongkat tak kawen kawen lagi..Pak Ngah ni tgk Pak Hashim tu padan sangat la dengan ang..kesian tgk dia..bini dia dah lama meninggai..kalau ang kawen dengan dia..boleh-boleh jugak la dia tolong motong kat kebun getah aku tuh..
Che Yam: Kalau itu yang terbaik, cheq ikut saja cakap Pak Ngah. (alahai, aku bukannya bekenan kat Pak Hashim tu, aku bekenan kat Hisham anak teruna dia, awat la tak paham-paham)

awek: baby, i tak tau la kenapa kaki i rasa sakit sgt..jalan sikit ja rasa sakit sgt la baby..cuba u tgk kaki i ni..
boipren: tadak apa-apa pon sayang..perasaan u saja kot..
awek: eh eh baby..tak terperasan pulak i depan kita ni kedai kasut kan baby kan?..jom baby, i nak beli kasut baru la..kaki i kan cepat besaq..jom baby..i pilih u bayaq..
boipren: Oooraaiittt sayang~ (haduih la...hanguih lagi la duit PTPTN aku cam nih!!)

bertindak mengikut arahan adalah bagus dan baik dalam menjamin kelicinan tata kerja sesuatu organisasi baik di pejabat, komuniti setempat, jiran dan hubungan berkasih sayang..namun jika arahan yang diterima semakin hari semakin pelik, semakin tak diterima akal dan semakin kerap...takut nanti meletop kebabom...mana boleh biaq lagu tuh..ingat bahwa org lain juga ada tahap sabar masing2..(@tahap utk diperkuda)..ha ha ha..

terdetik juga dalam kepala otak aku..kenapa kita tidak berani atau tak terluah kata-kata utk menyuarakan rasa kita dengan secara berterus-terang..kalau boleh terus saja kata "aku tak boleh la.." "sori la, i nak kena check akaun kompeni la malam ni.." "apa kau igt aku kuli bapak kau?".. bukan ka mudah?..tapi mudahkan anda nak berkata secara demikian?..hahaha..bagi org yg pemalu mcm aku perkara ini amat susah aku nak katakan..mungkin sebab aku dididik oleh guru-guru, keluarga, ustaz2 untuk sentiasa membantu org, menghormati org yang lebih tua, menjaga adab pergaulan dan jgn menyakiti hati org lain..nanti dapat byk pahala tau..itu mmg tidak dpt dinafikan..namun jika setiap hari anda kena buat perkara yang anda tak mau buat (diluarbidang kerja/urusan anda) setiap ari selama 5 hari bekerja adakah anda boleh bertahan?..kalau boleh sila beri tunjuk ajar di ruang komen dibawah..

mungkin juga disebabkan hati kita mudah lembut kerana kita terdidik dengan nilai sopan dan adab ketimuran yang tinggi?..bukan niat utk menyalahkan nilai,norma,adab,perilaku,ikutan dan contoh yang baik, tetapi disebabkan itu juga kita sering dipergunakan dengan sebaik mungkin..oleh itu aku rasa kita (mangsa2) perlu sedikit keberanian untuk menyatakan hak kita dgn telus dan tegas agar org tahu bahawa kita bukan sejenis insan yang mudah diperkotak-katikkan..kalau tak reti jgn p bwat mcm dah tera...satgi kantoi nampak cam nak tipu (bg excuse yang tak ketahuan)..ha ha ha...

Ayaq Kordial cadang bwat latihan tongue twister agar lidah dapat gerak ligat nak bagi excuse nanti..hahaha

No comments:

Post a Comment