Monday, July 11, 2011

Semangat Taik Ayam

Bila nak mula sesuatu perkara/kerja, kita mesti penuh dengan semangat yang penuh membara sehangat api tahap paling abeh maksima baq ang. Tapi kan bila pelan-pelan dok wat kerja yang sama maka semangat tuh kuin lama kuin ilang, semangat hat panaih2 masa mula-mula dulu tuh mula dah kurang, mula padam sikit-sikit, silap-silap padam abeh tinggai arang, jadi kerja tak dan nak siap, satu apa pon tak dapat. Situasi ni pasti besa berlaku kat batang hidung kita sendiri tak pon batang hidung orang lain. Lumrah kita dalam menerima sesuatu benda yang baru, bila dapat sesuatu yang baru tak kira la apa jua bentuk pon, hartabenda ka, tugasan/kerja ka, perhubungan ka, minat ka, apa-apa lagi la, mesti pulun abeh aih masa nak start tuh. Kadang-kadang ada diantara kita sampai pulun dia tuh sampai tahap tak tau nak abaq bagi aih, prepare abeh kesemua barang/bahan/benda/perkakas/sumber/material/aksesori/rujukan sebelum nak start apa yang dia nak buat. Tapi bila dah start buat, bila dah jumpa masalah atau apa saja bentuk yang agak menghalang objektif tuh, kita dah mula pelan dah momentum dok ada, behtu tambah plak ada tambahan bebanan skit, sulam sikit dengan hasutan-hasutan pulak, hmm.. pi dah, bungkuih teruih.

Contohla kita amik, kepada hat mana rasa badan dia mula nak naik, badan mula nak gemuk + boroi, perut mula nak berlipat dari satu nak jadi 5@6 lipat, dari six packs nak jadi one pack yg kadang2 nmpak cam tayar superbike, dlu senang2 ambik pen jatuh kat lantai sekarang dah jadi susah yang amat, tgn berayun bila berjalan diturut serta dengan ayunan perut, tak pon perut dah bleh bwat tempat "arm rest" masa tgk tv akan mencari cara untuk bersenam sebagai cara yg terbaik. Kepada hat yang bersemangat waja akan menjadi pulun (mcm AK sendiri jugak)dengan mula mencari alatan-alatan atau kelengkapan utk bersenam atau bersukan. Jadi, kasut joging@kasut sukan, stokin sukan, baju sukan, seluaq sukan, head band, wrist band, gat lutut/kaki (time skolah dlu-dlu depa panggei nama tuh), raket, bola, etc akan menjadi item utama yg perlu ada dlu sebelum nak bersukan atau bersenam. Tuh tara hat nak joging baru, kalau hat nak jadi cam John Cena pulak, depa cari lak barbell,dumbell,suma jenih bell dok ada. Bila dah semua ada dengan penuh semangatnya pada hari pertama akan berlangsung dengan penuh cemerlang tadak syak wasangka lagi. Tapi bila mai hari kedua dan seterusnya mula la kita dah kurang nak buat. (Hat mana yang boleh teruskan lagi, AK ucapkan tahniah dan teruskan, anda seorang yang betul-betul bersemangat!) Bila kawan-kawan ajak lepak minum petang, bila ada rancangan tv yang best petang-petang mcm Noraelena, bila awek ajak keluaq teman p bank petang-petang (bukan apa sbb susah nak dpt parking, satgi senang nak ubah keta), bila dah rasa bersenam/bersukan ptg kemarin dpt cover utk seminggu, maka terjadilah perkara yang mula membantutkan semangat murni pada asainya tuh dan pelan-pelan atau cepat-cepat membatalkan terus usaha yang ada. Itu baru semangat nak bersukan/bersenam. Macam mana pulak dgn benda/perkara hat len? Buat assignment? Buat kerja? Buat projek tanaman tumbuhan hijau kat rumah?

Kita mudah jadi lemah bukannya apa, disebabkan kita mudah terganggu, mudah hilang fokus dan mudah hilang konsentrasi. Selain daripada faktor disiplin diri (dari pengalaman sendiri), faktor "tangguh dulu esok sambung pulak" jugak menjerumuskan diri dalam memadamkan api semangat diri. Kekuatan mental dalam mengawal api semangat diri kurang mengakibatkan prestasi/keupayaan diri menjadi rapuh sekaligus menjadikan diri kita umpama hangat-hangat taik ayam, awai bersemangat last skali padam. Prestasi@keupayaan kita untuk meneruskan sesuatu perkara sebenaqnya bergantung kepada 3 benda utama iaitu kebolehan/potensi diri, peluang dan ruang, dan motivasi. Ya! motivasi!..itu benda paling asas dan tunjang serta tuntas dalam semua benda apa pon yang kita nak buat. Tanpa motivasi maka jadi la kita seperti yang ditulis kat ataih tadi.

Motivasi umpama belon. Bila mula ditiup maka belon itu menjadi besaq, tapi bila lama-lama belon tuh akan menjadi kecut dan hujung sekali akan kempis semula dan jadi keadaan/bentuk asai. Dalam mengekang motivasi ini dari menjadi kecut, di sini ada beberapa tips untuk elak dari menjadi seperti tahi ayam yg hangat awai2 dan sejuk 2 minit kemudian.

Tips 1: Motivasikan dengan perkara berkaitan dengan wang
Haa..memang pon. Kalau pasai duit semua org akan kelam mata,(kalau hat tak kelam mata tuh buat-buat ja kelam sat). Sebab ramai diantara kita (termasuk AK)kadang-kadang@selalu mudah terkelam dgn wang atau perkara yng berharga. Jgn pikiaq kata AK ajaq amalan merasuah pulak nah. Dak nah. Sebab duit sbg peransang motivasi ni berbeza dari individu perseorangan. Bagi yang terdesak akan merasa duit dpt memotivasikan diri dengan mengekalkan semangat yg ada untuk terus maju ke depan. Mcm kita-kita yang perut boroi dan gemuk ni, nak kurus kan? ha, set 3 round joging letak reward duit. behtu tambah lagi 3 round tambah lagi nilai reward. sapa yang nak bagi duit?..duit sindri la. ha ha ha..behtu dah dpt duit buat apa lagi? lepak kedai makan ngan kawan-kawan la. ha ha ha...

Tips 2: Status/Keadaan Sekeliling
Status apa pulak dah? Ha, bila dah dapat status, seseorang akan merasa diri dia berada pada satu tahap yang sukar dicapai oleh orang lain. Maka satu perasaan dalam diri akan wujud dan membantu terus membakar semangat untuk terus mengekalkan status yang sedia ada. Lumrah manusia nak idup dikenali ramai walaupun diri tak la sebagus mana pon kan? ha ha ha. Keadaan sekeliling ni pulak bergantung pada persekitaran yang diidamkan dalam membantu mengekalkan semangat yang ada dari mula tak pupus terus. Contoh joging tadi, status?..mudah saja, sediakan satu kumpulan manusia tak kira la berapa bilangan mereka, sama ada berbayar atau tak itu terpulang, suruh mereka bersorak pada anda setiap kali anda joging melintasi mereka dengan sorakan yang kuat supaya org lain dpt dengaq "Fulamak, tuh bukan adik Jehan pelakon drama yg taf tuh ka? Wah, aku tgk dia joging dah 18 round dah! Dasyat aa dia tuh." maka dengan itu anda akan rasa status anda berubah serta merta dan akan terus berjoging tanpa henti sebab org ramai sudah kenal siapa anda. ha ha ha. Keadaan sekeliling?. Mudah saja, joging follow saja belakang awek hot yg cun melecun. Joging ja belakang awek tuh, tak kira 10 round pun 10 round la. Tapi kalu dpt penampaq tuh sendiri tanggung la. ha ha ha.

Tips 3: keperluan untuk berjaya
Bagaimana?. Setiap orang ada matlamat dan nak berjaya capai matlamat tersebut. Oleh itu seseorang itu akan meletakkan diri dia pada satu tahap kemampuan yang mampu dicabar dalam mencapai matlamat tersebut. Bila berjaya mencapai tahap kemampuan tersebut, maka letak lagi tahap kemampuan yang lebih mencabar agar diri terus bermotivasi untuk mencapai apa yang diimpikan. Apa pulak hubungkait keperluan utk berjaya dgn joging plak?. Ha..mudah, anda set berapa pusingan joging anda nak buat. Ikut kemampuan la nah, jgn dok wat tera, 4 taun tak penah joging, mai tak mai nak buat 20 round joging. Bila dah set berapa round nak buat, behtu fikirkan orang yang anda benci/tak suka/meluat dalam fikiran anda sama ada rakan anda, musuh anda, artis atau selebriti program lawak ka atau apa2 program ka,tak kira la sapa pon, janji bagi ada sorang. Behtu set dalam pala otak atau secara kognitifnya, kalau tak dapat lengkapkan round yang dah ditetapkan maka anda adalah seorang yg loser mcm org yg anda meluat tuh sendiri.ha ha ha..loser..loser..

Ayaqkordial sudah mencuba dua tips pertama tapi gagal dgn berjayanya dan Ayaqkordial tak mampu lagu nak cuba tips ketiga takut Ayaqkordial jadi loser selamanya...hahaha..selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment