Sunday, July 10, 2011

Hidup Senang Rugi 10 Minit

Semua org nak idup senang. Cuba habaq mai sapa takmau idup senang? Aci kerat jari la ada yg jawab tamau idup senang. Semua org nak rasa senang dalam kehidupan, nak idup senang dgn rumah besaq, keta besaq, bini besaq, laki besaq, duit simpanan pon besaq2, tapi asyik dok melangut tak ketahuan, baru usaha sikit dah kata banyak berdeney. Semua org nak rasa senang dalam kerja, nak pilih kerja hat tak teruk badan, nak hat rilek-rilek tapi gaji nak pulak masyuk melebih-lebih dari cara buat kerja. Semua org nak rasa senang dalam berniaga, join macam jenih bisnes dok ada, tapi rakan niaga len hat teruk dok buat kerja, yang dia dok nampak nak untung bahagi sama banyak. Semua org nak rasa senang dalam belajaq, assignment groupwork berderet-deret, bwat discussion memanjang, tp cuma nak bwat cover depan dgn bibliography. Semua org nak rasa senang dalam berumahtangga, nak pasangan memahami diri sendiri, padahai diri sendiri tu pon masyarakat tak dapat nak paham-paham. Semua org nak rasa senang dalam kesihatan, nak gaya idup sehat, tapi rokok dok selang 6 minit sekali, makan tok sah dok kata la, taram apa saja yg nampak. Pendek kata, semua org nak idup senang.

Memang kita nak senang dalam segala-galanya. Semua serba serbi nak mudah. Tapi pada hakikatnya bukan senang nak idup senang. Setiap minit dalam sudut idup akan ada kesukaran dan itulah namanya kehidupan. Kalau hidup tadak kesukaran, tadak halangan, tadak cabaran dan pancaroba baik dari perkara berbentuk duniawi dan akhirawi (ada ka akhirawi?) maka tadakla kemanisan kehidupan yang penuh pengalaman.

Sebenaqnya kalau kita tengok kita sendiri sudah pun hidup senang dan kita sendiri tak nampak yang kita sudah pun hidup senang. Ya, kita sememangnya sudah hidup senang. Hidup senang dengan kemampuan yg ada pada kita. Kita memang senang dan mewah dalam macam-macam jenih benda. Masa, wang, dan harta benda. Kalau tak percaya tepuk dada tanya la diri sendiri. Kita sentiasa merasa susah dan tak cukup sebab kita asyik dok ligan org yang ada atas kita dan apa yang ada pada org lain. Pengaruh materialistik semata-mata. Kita tak rasa syukur dengan apa yang kita ada. Bukan maksud nak suruh kita berada pada keadaan dan tahap yang sama, kita boleh berubah tapi dengan syarat berserta usaha, doa dan tawakkal dan hiduplah dgn apa yang termampu kita capai.

Dalam asyik kita ligan kesenangan sebenaqnya kita rata-rata dalam kerugian. Kita senang tapi rugi. Kita senang tapi kita susah hati. Kita senang tapi telinga pekak tuli. Kita senang tapi tiada pedoman diri. Kita senang tapi hati mati. Kenapa? kerana kita lupakan pada yang satu, kita lupa pada Allah SWT yang menjadikan kita, yang memberikan rezeki kat kita. Kita senang tapi kita rugi kerana kita tidak mampu nak isi walaupun 10 minit untuk solat lima waktu, 10 minit utk baca/hafal/faham ayat suci Al-Quran, 10 minit untuk membaca sejarah para Nabi, Rasul dan zaman kegemilangan Islam, 10 minit untuk mendengar kuliah-kuliah agama di masjid, surau, tv dan radio, 10 minit untuk bertanyakan permasalahan dalam kehidupan bersyariat pada Ustaz2/Ustazah2, 10 minit untuk untuk belajar tentang hadis-hadis Nabi Muhammad SAW dan Sunnah baginda, 10 minit untuk membaca bahan-bahan ilmiah keagamaan untuk membaiki diri, 10 minit untuk bersama keluarga, 10 minit untuk memeluk ayah dan ibu, 10 minit untuk bergurau dengan suami/isteri, 10 minit untuk bincang tentang hal-hal keluarga, 10 minit untuk bantu kerja sekolah/pelajaran anak dan adik beradik, 10 minit untuk mengenal jiran, 10 minit untuk segalanya yang kita rasa sudah rugi...

Ayaqkordial cakap sebagai peringatan kepada diri sendiri dan pembaca-pembaca yang lain. Walaupun hidup senang tp jangan rugi disebabkan 10 minit yang sia-sia

No comments:

Post a Comment