Sunday, July 24, 2011

Hai, Lepak Baik Ja, Dah Buat Ka Belom?

Teringat last lepak dengan kawan-kawan kat kedai minum. Tengah dok syok-syok lepak tiba-tiba termuncul satu topik yang tak diduga. Kawan AK tiba-tiba cakap pasai sembahyang/solat. Tercengang jugak la, sebab dok sembang perkara yang biasa, mai tak mai ada topik yang agak serius. Tapi tak pa, kami yang lain pun pakat-pakat tune otak masing-masing redi nak dengaq dan sembang pasai sembahyang dan solat. Memandangkan bulan Ramadhan tak lama lagi tiba, jadi banyak cerita yang keluaq adalah pasai Solat Taraweh, dan masing-masing pakat recall kenangan masa budak-budak dulu time Solat Taraweh. Mesti ada punya kenangan macam-macam masa Solat Taraweh, ada mai Solat Taraweh satu rakaat behtu yang selebihnya keluaq pelan-pelan p main bunga api tak pon mercun. Behtu bila dah nak abeh dah Solat Taraweh pakat-pakat kalut masuk balik dalam masjid/surau sebab nak ambik moreh/jamuan. Hehehe. Besala budak-budak masa tuh, keja nak sronok.

Dalam dok ghalet-ghalet sembang, tiba-tiba naik pulak topik tentang tinggal sembahyang. Masa naik ja topik ni darah tak semena-mena menyirap naik satu badan. Mesti ada atau pernah kita tinggai solat fardhu sama ada sengaja atau pon tak sengaja. Solat yang tertinggai dulu-dulu sudahkah kita dah qadha atau biaq saja ia berlalu begitu sahaja. Terasa sungguh nipis iman dalam diri ini. Kemudian ada pulak sorang kawan ni, dia p buat calculation secara rawak jika tinggai sembahyang. Dia ambil perkiraan dari tingkatan tiga (dimana umur akil baligh secara purata pada 15thn) sampai umur 20 tahun. Makna kata secara kasar beza antara dua usia umur itu 8 tahun. Sehari solat fardhu ada 5 waktu. Setahun bersamaan 360 hari darab dengan 5 waktu jadi dalam setahun solat yang tertinggai sebanyak 1800 waktu. Untuk 8 tahun? 1800 waktu darab dengan 8. Cuba darab tengok? Ha, jumlah solat yang tertinggai adalah sebanyak 14400 waktu. Jadi setiap waktu, jumlah solat yang dah tertinggai adalah 2880 waktu untuk setiap solat Subuh sampai Isyak dalam masa 8 tahun. MasyaAllah. Bagaimana pulak kalau nak qadha? Sama jugak la kalau nak qadha pun, qadha solat tertinggai akan ambik masa selama 8 tahun jugak untuk ganti setiap waktu yang tertinggai untuk didirikan selepas melakukan solat fardhu pada masa sekarang. Dalam masa 8 tahun tuh, agak-agak sempat ka kita nak hidup lagi atas muka bumi ni? AK rasa sungguh kerdil dan insaf kerna waktu remaja dulu, pada zaman buas dan sbgnya ada jugak tertinggai solat. Terpikiaq juga sempat ka nak qadha solat-solat yang pernah tertinggai dulu.

Itu dari segi angka melalui perkiraan jumlah solat yang ditinggaikan. Setiap solat yang ditinggaikan pasti ada dosa atau azab yang dah ditetapkan. Apadia azab/seksa yang Allah dah tetapkan utk golongan yang tinggai solat fardhu? Ni dia:

a) Solat Subuh:
- Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Setahun di akhirat bersamaan 60 000 tahun di dunia. Setahun di dunia pon kadang-kadang kita dah rasa lama tak tau nak abaq bagi aih. Kadang-kadang nak tunggu seminggu abeh pon lama tak kira dah. Ini kan pula 60 000 tahun! Ya Allah, sesungguhnya aku insan yang lemah lagi hina.

b) Solat Zohor:
- Dosa tinggai solat Zohor sama seperti membunuh 1000 orang Islam. Dah la hukum membunuh seorang Mukmin atau saudara seagama tuh pon dah memang haram. Inikan pula dosa seperti membunuh 1000 orang Islam? Ya Allah, sesungguhnya aku insan yang lemah lagi hina.

c) Solat Asar:
- Dosa tinggai solat Asar adalah sama seperti meruntuhkan Ka'abah. Tinggai satu waktu solat Asar dah dosa sama cam meruntuhkan Ka'abah. Kalau 2880 waktu tinggai? Ya Allah, sesungguhnya aku insan yang lemah lagi hina.

d) Solat Maghrib
- Dosa tinggai solat Maghrib bersamaan melakukan zina dengan ibubapa sendiri. Mak susah nak lahirkan kita, mak pak susah-susah nak bela kita, susah-susah nak bagi hidup berjaya tapi ini kah bentuk balasan kat mak pak. Besaq yang amat dosa ni. Ya Allah, sesungguhnya aku insan yang lemah lagi hina.

e) Solat Isyak
- Sesapa yang tinggai solat Isyak dengan sengaja, maka Allah SWT telah berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.” MasyaAllah. Hidup atas muka bumi dah tak diredhai Allah. Tak ada tempat nak bergantung. Hidup merempat bagai lipas. Dan apa bentuk perkerjaan dibuat atas muka bumi tak dikira pahala bahkan dosa semata-mata. Ya Allah, sesungguhnya aku insan yang lemah lagi hina.

Sebak rasa hati bila baca balik dosa-dosa dan azab-azab yang dah ditetapkan oleh Allah untuk setiap hambaNya yang meninggaikan solat fardhu. Lemah badan. Mata panas. Kaki sejuk. Ni betoi-betoi buat AK insaf. Semoga peringatan ini menjadi peringatan yang menakutkan buat AK dan teman AK yang lain supaya kita tak mudah lalai untuk dirikan solat fardhu. Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan iman dan hidayah pada diriku ini supaya tidak mudah terpedaya dengan bisikan syaitan yang melalaikan aku dari menunaikan tanggungjawab ku kepada Mu. Amin.

Terima kasih buat kawan-kawan AK yang buka topik ini masa lepak ari tuh. Terima kasih kerana menyedarkan AK. Terima kasih kerana menyanyangi antara satu sama lain. Terima kasih kerana mengingatkan AK. Angpa la kawan-kawan AK dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment