Friday, July 15, 2011

Jaguh Cakap Tapi Habuk Pon Tarak Ada

Ayaqkordial kalau p mana-mana, tak kira la kat mana-mana pon baik kat kedai makan, kedai minum, kat kelas, kat kuliah, kat kursus, kat mesyuarat, kat dewan, kat fesbuk, kat ym, kat mirc, kat padang, kat mana-mana pon la, pasti akan terjumpa atau terserempak atau dijumpakan atau diserempakkan dengan sengaja atau secara tidak sengaja dengan seseorang individu yang anda sendirinya secara otomatiknya dapat mengenalpasti bahwa orang itu adalah seorang yang amat tera berbahas tanpa dapat disangkal lagi dan secara percuma dan mudah untuk anda mengecop orang itu sebagai "Jaguh Bercakap".

Kalau diperhatikan disekeliling kita, ramai orang nak perkatakan sesuatu, ramai orang nak ketengahkan pendirian, ramai orang nak menghujah pendapat, ramai nak berkongsi pengalaman, ramai yang nak meluahkan apa yang terbuku di hati, ramai yang nak menghiasi suasana dengan kegembiraan, berceloteh, ramai yang nak meminta pertolongan, bantuan dan sebagainya. Memang benar semua ini berlaku dalam hidup kita dan orang lain dan ia tak dapat nak lari dari kita yang lumrahnya bernama manusia. Kalau tak nama manusia maka ia bernama haiwan dan haiwan tak pandai nak buat semua-semua tuh. Ada pernah kita tengok lembu gelak bila kawan dia buat lawak? Mungkin secara halus ada cara depa gelak yg kita tak tau, tetapi pada hakikatnya lembu atau haiwan tak pandai nak mengolah/menginterpretasi sesuatu perkara yang amat kompleks dan hanya perkara yang kompleks itu saja dapat manusia buat.

Namun,untuk memperkatakan sesuatu itu biarlah ianya bertepatan dengan fakta, benar akan kesahihan, sempurna akan penjelasan isu, lahir dari hati yang suci dan otak yang positif, pernyataan yang membina, peransang kepada minda, penggerak perubahan, pemangkin pembangunan. Bersedialah secukupnya sebelum menzahirkan unjuran buah fikiran untuk diutarakan, bersedialah dari kekuatan isi pendapat, fakta sokongan yang relevan, kejernihan emosi yang mudah dikawal dan tak mudah nak rasa menghamboq, serta kematangan minda menerima perbezaan. Tapi lain pula apa yang AK selalu dengaq, jumpa, alami, dan rasai pada kebanyakkan hari ini. Ramai orang amat mudah bercakap akan banyak benda, itu dan ini, politik itu dan ini, sukan itu dan ini, perniagaan itu dan ini, salah orang itu dan ini, berkaitan bangsa, berkaitan agama, berkaitan hak asasi, walaupun sekecil-kecil topik pon, kebanyakkan tiada isi yang kukuh. Semata-mata dari luahan hati dan perasaan tidak puas hati. Pendapat, fikiran bukan untuk ditambahbaik tetapi mahu semuanya dipaksaterima baik. Orang kita sekarang mudah terbawak dengan perasaan, mudah terbawa dengan berita dan fakta yang dia sendiri tak tahu sama ada benar atau salah, mudah terima perkara secara bulat-bulat akan sesuatu yang sealiran atau seideologi dengannya.

Setakat pemerhatian AK dengan orang sekeliling yang AK jumpa, terdapat 4 jenih kategori orang bercakap:

a) Bercakap melalui ilmu pengetahuan/pembacaan ilmiah/interpretsi akademik:

Orang yang berbicara dengan menggunakan ilmu pengetahuan yang dipelajari (secara sah la, bukan ilmu hitam atau ajaran sesat) menampakkan isu yang dibangkitkan dan pengolahan isu/topik/perkara tersebut begitu solid, nampak jelas, ada bukti,ada kesahihan, ada kejituan, ada kebenaran kerana ianya berlandaskan satu hukum ilmu yang dah diiktiraf. Sebagai contoh bila bercakap mengenai murid yang bodoh. "Jangan mudah kita melabelkan murid yang bodoh itu sebagai bodoh piang dan tak tau apa-apa langsung. Mereka tidak bodoh tetapi mereka tergolong dalam kategori murid yang bermasalah dalam pembelajaran. Mereka memerlukan bantuan dan sokongan dari perlbagai pihak dalam mengenal pasti punca terhadap permasalahan pembelajaran mereka sendiri. Tindakan seterusnya perlu diambil bagi membolehkan mereka menerima pendidikan pada tahap kemampuaan mereka sendiri dan bukannya disisihkan terus. Latarbelakang keluarga merupakan faktor yang banyak mempengaruhi perkembangan pendidikan kanak-kanak. Kanak-kanak yang miskin yang kurang kelengkapan pendidikan, kurang zat makanan, kurang keperluan asas seringkali tertinggal dalam pelajaran. Menurut Jean Piaget, di dalam teori perkembangan, idea-idea seperti akomodasi dan asimilasi menjadi perkara rujukan yang menyebabkan murid-murid miskin ini terpinggir dalam pendidikan akibat kurang pendedahan dengan keadaan sekeliling dan dunia luar."

Ya, cakap ini nampak gah dan nampak mudah dipercayai tetapi persoalannya, adakah kita selalu bercakap macam ni? Ini nampak seperti percakapan yang skema dan mungkin ada org tak leh terima atau tak sokong dan kata tak semestinya kena skema baru nak senang org percaya. Jadi, buat la cara tak skema tapi biaq la isi dia padat dan tepat. Baru orang salute sikit kalau dapat cakap guna ilmu.

b) Bercakap melalui pengalaman diri sendiri dan bukan pengalaman orang lain

Orang yang bercakap melalui pengalaman dirinya sendiri adalah seperti orang yang sedang mengeluarkan emas dari mulutnya. Kenapa?. Kerana dia bercakap melalui pengalaman yang dia lalui, yang dia sendiri buat, yang dia sendiri alami, yang dia sendiri rasa dengan perasaan gembira/seronok/kesal/sedih/hiba, yang dia sendiri tau baik buruk, yang dia sendiri tau keputusan, yang dia sendiri tau apa yang terbaik utk masa depan dimana orang lain mungkin tak pernah laluinya dengan sendiri. Orang ini dia ada kelebihan berbicara sebab pengalamannya yang tiada tolok bandingnya. Kita sendiri akan ternganga tanpa disedari bila dengaq orang cerita pengalaman dia tak kira la pengalaman p bercuti ka, daki gunung ka, berkayak 10 jam tanpa henti ka, eksiden ka, jumpa hantu ka, tgh operate tp bius dah abis ka, meniaga dari modal kecik smpai jadi jutawan ka, buat landskap rumah ka, buat perabot ka, buat kek coklat tp oven rosak ka, bersanding tapi terkentut ka dan macam-macam lagi la.

Orang bercakap mcm ni boleh diterima pakai dan mereka bercakap atas pengalaman sendiri dan bukannya buat kepala otak sendiri atau pun kemaih sembang tapi kosong.

c)Bercakap melalui pengalaman orang lain atau pun idea-idea piscisan atau input-input tepi longkang, fakta-fakta dari orang yang ntah berapa kali pindah dari orang ke orang lain.

Orang cara ini adalah orang yang nak bercakap tapi tak ada modal sendiri dan hanya bergantung kepada modal orang lain untuk bercakap dan kadang-kadang dia sendiri pon tak tau sama ada apa yang dia cakap tu adalah benar atau salah. Tapi bedal aja sebab kalau dia cakap pon orang lain akan dengaq dan assume orang lain tak akan nak pangkah/kutuk/sangkal dia sebab yang dia cakap pon dari org lain. Jadi dia dengan mudah terlepas dari sangkaan buruk orang lain. Orang jenih ini adalah orang yang cuba bertindak dengan cara selamat dengan tak ada apa-apa akan berlaku pada dirinya tapi dia juga tetap mahu bercakap serta menampakkan dirinya seolah-olah mencari pancaran perhatian daripada orang lain. Tapi nampak juga akan kekurangan seseorang yang bercakap dengan cara ini kerana dia dengaq pengalaman orang lain tetapi dia tidak mahu mencuba untuk mengesahkan pengalaman tersebut (yang mana mampu buat tuh buat la, takkan la pengalaman orang tu berenang merentas selat melaka terus nak p buat jugak padahai berenang pon tak reti tak pasai-pasai lemaih tak ka naya?). Sekiranya dia dah mencuba dan mengesahkannya, maka dengan penuh yakin dia akan menceritakan kembali kepada orang lain, dan bila orang lain dengaq dia pulak akan cuba dan cerita kat orang lain dan seterusnya. Bayangkan kalau benda itu sesuatu yang baik, tak ka dpt pahala berganda-ganda.

Nanti mesti ada yang akan cakap, kalau nasihat mcm mana pula? takkan nasihat pon masuk kategori ni. Kami nak nasihat orang, sebab kami pon dengaq nasihat dari orang lain?..ha..nasihat berbeza dari bercakap seperti orang dalam kategori ni sebab nasihat berbentuk amaran, peringatan, perintah,ayat membendung,berwaspada, berhati-hati agar orang lain sentiasa melihat diri dia supaya tak terjadi perkara seperti yang dinasihatkan kepadanya.

d) Bercakap dengan menggunakan kepala lutut tak pon buku lali dari menggunakan otak yang waras.

Orang bercakap kategori ini adalah orang yang memang patut dilabel sebagai Jaguh Cakap, Taik Kencing, Renjit, Kaki Putaq, Kemaih, padahai habuk pon tadak. Cakap deraih sana-sini, bila tanya bukti, bila provokasi balik dgn fakta, bila tanya apa dalil, bila dihentam balik dengan ilmu, teruih senyap mcm seekor monyet diterajang tepat pada muka dan kepalanya. Orang jenih ini dia suka hentam nak cakap apa pon tanpa berfikir tapi dia nak orang lain terima apa yang dia cakap tuh. Dia mudah bercakap menggunakan perasaan dari hati yang busuk, tanpa usul selidik, berniat nak melaga-lagakan orang, nak bagi diri nampak gah padahai bingai berlapih-lapih, nak tunjuk kata dia seorang yg prihatin dan pejuang isu-isu agama dan bangsa tapi dia sebenaqnya yang merosakkan agama dan memalukan bangsa. Contoh yang AK pernah bersembang dan dengaq apa yg depa cakap melalui insan-insan tertentu:

"Ari tuh aku p langkawi, sehari nak balik tu aku ingat nak beli baju T-shirt Langkawi kat anak aku tapi duit tadak. Petang tu aku p tikam nombor, tgk-tgk menang, teruih aku beli satu bag besaq boh banyak-banyak baju tuh kat dalam bag. Seronok anak aku dpt banyak baju."

"Aku hari tuh sikit lagi nak tumbuk muka dia. Ada ka patut dia kata kat adik aku dok isap rokok. Agak-agak la, aku pon tak isap rokok. Seb baik Man yang bagitau aku, kalau dak aku tatau yang dia dok bawak cerita."

"Aku sedih la tgk saudara seagama aku, dok p clubbing keluaq ja mabuk. Mak pak ajaq agama elok-elok dulu-dulu takmau ikut. Kan dah merosakkan nama agama kita." (yg cakap tuh bertindik, bergelang, keluaq ngan pompuan jgn crita la)

"Ni la bangsa kita, bangsa melayu. Dok syok sana-sani, gaduh sana-sini, politik berpecah belah (bab politik menang kat dia), kaum lain amik kesempatan ekonomi kita, kita tergadai, kaum lain bersorak tgk bangsa kita, apa la." (pejuang bangsa konon, kelas/kuliah tak p, assignment tak hantaq, pointer rendah, kena tendang buat rayuan, perabih duit mak pak p kedai snuker/karoke yg tauke cina, produk buatan bumiputera tak beli/tak layan kata tadak class..cuih!..)

p/s: perjuangan bangsa itu bermula dari diri sendiri, jika diri sendiri terabai maka perjuangan bangsa yang dibawa juga terabai - jangan hanya mengharapkan orang lain untuk berubah, sedangkan kita sendiri tidak pernah melakukan perubahan dalam hidup.

2 comments:

  1. setuju! berubahlah kearah kesopan santunan..tak ada sapa dapat mengubah anda selain diri anda sendiri..

    ReplyDelete
  2. tepat sekali..dalam diri ada kemahuan..dalam kemahuan ada azam...dalam azam ada kejayaan..baru boleh berdiri teguh ngatasi bangsa lain.. :)

    ReplyDelete