Thursday, July 7, 2011

Cara Ang Tak Stai..Cara Aku Lagi Stai

AyaqKordial bangun pagi di hari Jumaat yang indah ini dikejutkan dengan beberapa helai SMS yang datangnya Ayaqkordial sendiri pon tak tau dari sapa, AK ingat isteri yang msg jadi dengan penuh semangat AK pon baca la SMS tuh, rupanya2 SMS tentang Perhimpunan Bersih yang nak jadi besok. AK rasa cam mengkelan jugak la sebab dok bajet SMS bini AK, tapi SMS lain yang dapat. Macam biasala, SMS-SMS tersebut dok bagitau tentang Bersih yang haram, penganjur Bersih si peguam Ambiga berserta dengan latar belakang dia yang amat negatif di mata org Islam. AK baca dengan penuh senyuman dan rasa seronok pon ada jugak. Bukan apa, sebab ada org yang sanggup nak bagi SMS kat AK walaupun AK sendiri tak kenal dia tuh sapa dia. (mungkin depa tu kenai AK tapi AK tak kenai depa, tak pon kot-kot memba tukaq nombor ka apa kan). Apapon AK mengucapkan terima kasih kepada pengirim SMS sebab bagi informasi yang AK sendiri dah tau sebelum ini. AK amik ini sebagai peringatan utk AK sendiri.

Tapi ari ini bukan la AK nak cakap pasai SMS, pengirim SMS yang tak kenai, Bersih dan Ambiga sebagainya. AK tersentuh dengan semangat yang si pengirim tuh ada, sampai sanggup nak antaq SMS kat org lain dalam usaha beliau memperjuangkan atau menegakkan ideologi beliau tu. Mungkin itu salah satu usaha beliau untuk mencerahkan keadaan yang keruh dan itu AK anggap sebagai satu usaha yang positif. Jadi AK nak cakap tentang memberi dan penerimaan pendapat serta kesanggupan kita secara umum dalam memperjuangkan sesuatu yang kita rasakan benar dan hak kita dalam apa jua perkara sekali pun.

Dalam memberi pendapat, nasihat, unjuran, hujah, sokongan, kata semangat dan sebagainya adalah bagus dalam mencari sesuatu penyelesaian kepada sesuatu masalah. Tapi kalau terdapat dua pihak yang masing-masing dengan cara masing-masing, jangankan masalah nak dapat selesai, kuin jadi teruk lagi ada la kot kan? Cuma apa yang kurang dalam nak capai kata sepakat adalah satu titik pertemuan antara dua pihak, samaada permasalahan dalam organisasi, komuniti, persahabatan, keluarga atau sebagainya. Punca-punca yang mungkin terjadi adalah disebabkan individu kita sendiri yang merasakan tahap kemampuan fikiran kita, pengalaman kita, ilmu yg ada, faktor pengaruh dan sebagainya adalah lebih baik berbanding dengan orang lain dan menganggap orang lain adalah tidak layak sama sekali untuk mengubah persepsi dan mentaliti yang ada pada kita. Jika semua orang diantara kita bersikap demikian maka konsep penerimaan dan perkongsian pendapat tidak dapat dibuat dengan baik.

Mungkin ni juga disebabkan oleh ego kendiri kita yang tebal yang mana secara tak langsung boleh dapat cop free dari org lain kat kita sebagai 'perasan baguih' 'palaotak sendiri' tak pun 'taik pulun nak mampuih'. Sikap ni perlu dikikis dalam usaha kita nak tengok setiap urusan/program/projek/pembangunan berjalan dengan lancar dan mencapai sasaran objektif yang dirancang. Janganlah angkuh apa yang ada sekelumit pada diri sedangkan orang lain ada duakelumit atau lebih dari kita yang kita sendiri tak tau. Kongsilah dengan bijak, bincanglah dengan berhemah, cari penyelesaian yang menguntungkan kedua-dua pihak, untung sama-sama rugi pon sama-sama. Janganlah sebab taksub akan sesuatu fahaman/ideologi/perjuangan/prinsip kita menutup terus pancaindera kita kat pendapat orang lain. Walaupun dia hanya seorang penyapu sampah jalanan, dia juga tetap insan yang mempunyai pendapatnya tersendiri.


Perjuangan yang benar adalah perjuangan menegakkan Al-Quran dan Sunnah dan perjuangan tu tidak dapat nak ditolak ansur.

No comments:

Post a Comment